Top Social

Image Slider

Tuesday, 4 August 2015

Master, PhD never been easy. Who said it is?

Hai, Assalamualaikum

Siapa kata buat PhD, master ni mudah. Kalau ada yang kata buat PhD, master ni mudah mesti diorang dah habis buat master lah tuu. Mesti nak sedap kan hati orang yang bertanya tu kan? hee. Tapi bila fikir-fikir balik, dalam apa jua perkara yang kita azamkan, kita usahakan pun bukannya mudah kan. Setiap perkara ada cabaran yang tak dapat kita elak. Itu suatu kemestian! Kalau takde cabaran, tak sweet la hidup ni. hee.

Macam saya sendiri baru je sambung pengajian dalam master tahun lepas kat ukm, tetibe dah masuk sem 4, sem akhir tinggal buat tesis ngan prosiding. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Buat tesis ni satu perkara yang buat saya asyik tepuk kepala ajee. Sebab, tak dapat data. Haihh^^. Tu pun dah mencabar jiwa, raga, kalbu semua lah. Ni baru kajian tesis untuk master taw, belum lagi PhD tu weyh.. PhD (Permanent Head Damage) taw orang called niyh. Perghhh 'Kerosakan Otak Kekal' Hakss. Kalau orang yang ambik PhD sampai 6 tahun belajar baru habis PhD dia, maknanya , 6 tahun lah dia mengalami 'Kerosakan Otak Kekal' hohooo^^. 

Pernah je berangan nak sambung PhD lepas habis master ni, bukannya tak pernah.hehe. Dapat pulak kalau dapat title (Dr...Dr. Nurain) perghh berangan sampai ke bulan bebb.heee^^. But to get the title (DR.) is not simple as u eat kacang ehh. It is full of hardwork, continuos, sustainable, lot of effort and study...Kadang-kadang kena mula dengan zero balik.., kalau research tu tak valid kena buat topik lain pulak, itu lah yang diorang kata 'kerosakan otak kekal' tu.. Jangan main-main eh.

Tapi ada je yang dah berjaya! Wahh , Tahniah diucapkan. Cuma nak cakap. Mereka yang berjaya tu.. segala usaha penat lelah cabaran anda untuk mendapatkan PhD terlaksana. Bukan semua orang mampu siapkan PhD dalam tempoh yang ditetapkan 'Grad On Time'. Tahniah!^^ . Lagi-lagi mereka yang ambil PhD ni ada yang mempunyai komitmen tanggungjawab lain. Ada yang sudah berkahwin, anak-anak, pregnancy reason, sakit, family problem..financial problem.. dan lain-lain yang kita sendiri tak expect akan berlaku. Well.. it is about Life, rite? Saya ada join satu group untuk PhD master ni dekat facebook. Nama group tu, Doctorate Group Support (DSG). Banyaklah kisah kejayaan dan cabaran yang mereka lalui yang mereka kongsikan kat ahli group. Kadang-kadang tu sampai nangis kot baca kisah-kisah diorang. Yelah masing-masing ada dugaan masing-masing kan T_T.humm 

So, sekarang ni saya tengah struggle utk master je. Itupun banyak kali tempang jugak lah (Putus asa). Kalau tempang tu ape lagi ? bangun la balik eh. Jangan tempang berterusan pulak. hukhuk^^. 


Ni muka poyo nak masuk jugak dalam blog. nak habaq kita struggle taw buat master ni. Sampai nangis-nangis jiwa kacaw. hahaa. Maklum la Cheq ni 'Hati Tisuu..^^ 

Kadang-kadang pelik jugak kenapa kita dah struggle tapi tak menjadi? kenapa tak dapat result yang kita harapkan. Solutionnya , cuba check balik hubungan kita ngan tuhan. Cuba tanya. :) Saya sendiri tak sempurna. Banyak kelemahan, kadang-kadang tak semua apa yang kita nak Allah akan tunaikan. Malah Allah tu bagi kelebihan dari sudut lain. Kadang-kadang kita sendiri tak perasan kan. 

Saya ambil master dalam bidang ekonomi. Masa degree ambil bidang Management. Tukar bidang, sebab rasa ekonomi macam best. Tapi sekali dah buat Master dalam ekonomi. Terus Kiock^^. First banyak 'Optimization', F.O.C calculus kena belajar , kira-kira semua...i really dont like it. ^^. but have to struggle meehh.. nak pass for master nii. 

Mohon semua pembaca doakan saya yee. Saya juga akan mendoakan kalian semua dalam hidup ini. All the best semua :). terima Kasih sudi melawat, membaca, melihat blog saya. Chaw. Bye. 



Monday, 3 August 2015

Japanese Rose | A Gift from Hearty

Hai Assalamualaikum,

Masa saya dalam semester lepas, di UKM, ada kenal kakak sorang ni student PhD dalam suatu program industri kat pulau pinang. Kakak ni baik sangat. Belum kahwin tapi dah berpunyye ye. hehe. Lepas dah kenal dalam program tu, relation kitorang tak terhenti kat situ jee. media social kan ada. so , hubungan kitorang terus terjalin dan rapat. Keluar makan sama-sama. nak kasi tau, kakak tu cun taw. tinggi lak tu. Untung sape yang dapat dia. 

Terharu yang tak sangka,

Ada satu hari tu kakak tu mesej kat whassap, nak kasi bunga kat saya. Kite pun rase terharu.hew.hew. tercipuu malu. Bunga yang kakak tu hadiahkan memang cantik. Namanya Bunga Japanese Rose. Dengar kata orang jepun suka tanam pokok bunga ni. dan bunga Japanese Rose ni ada banyak jenis taw. Jenis yang kakak tu bagi yang macam ni..

 haaa. Cantik tak?

Bunga Japanese Rose ni macam bunga kembang pagi. Bila dia kena panas dia mengembang, bila malam dia menguncup. satu pokok, boleh ada macam-macam warna bunga dia merah, putih, kuning pun ada.  Tak tau la nak habaq macam mane gembira sangat bile ade orang hadiah kan bunga. well..bunga n Girls memang Berpisah Tiada.hikks. Nak tanya sikit, Perempuan bila dapat bunga memang tetiba ada bunga tumbuh ek kat hati tuu?. Ke saye sorang je yang feel that way. Ahakks. ^^ 

 
ku gembiraAA..Bila dapat BUnga...sekali ngan pokok weyh..^^ 


Kalau stress ngan 'Study' bangun jap tengok bunga...sedut2 bau sikit wangi tak.hee

Me n Japanese Rose berpisah Tiada...hukhuk. Aigoo. Sikat rambut ngan mouse pun nak masuk gak

HAdiah dari kesayangan .. dari kak FAra dearie to Ain ^^ yeay. Tqvm kak Faraa, u're so sweet. May Allah bless u always.. 

Tengah tunggu niy..sape lagi nak bagi Bunga kat check ..lai2.. 

Terima kasih sudi melihat dan membaca blog saya.
Sekadar Perkongsian untuk Pembaca^^. Tataa.. 





I Want To Join Lyssa Faizureen Bloglist Bulan Ogos 2015

Hai, Assalamualaikum :)

KALI PERTAMA JOIN BLOGLIST ^^, YEAYYY!!

Ni haa. nak bagitau first time msnurain.blogspot.com menyertai 'Bloglist'. Wahh .teruja la wehh. Sudi ke Lyssa Faizureen nak masukkan Ms Nurain dalam bloglist ni eh?? hihii. Harap-harap sudi la ye support Ms Nurain dalam dunia blogging ni. hewhew ^^ 




Comel rupanya Lyssa Faizureen ni. hiks^^ 

Dalam entry "saya nak masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015" kena beri keterangan blog cik/tuan/puan semua mengenai apa, so blog ms nurain macam yang kat bawah ni...


'Blog saya adalah mengenai diri saya, apa yang saya suka buat, suka bincang, suka makan, perasaan saya, suka masak, suka beli, suka buat apa akan saya perihalkan dalam dunia blogging, sebab saya memang suka menulis dalam blog. Harap kehadiran saya dalam blogging disokong oleh rakan-rakan blogger yang lain^^. terima Kasih'. 


Bye. Perkongsian Bersama :) 

Sunday, 2 August 2015

A Moving Internet, Wifi Mobile


Zaman sekarang keperluan internet memang tak dinafikan dah, lagi-lagi improvement tekonologi sekarang dengan wujudnya pelbagai gadget merancakkan lagi business persaingan dalam keperluan internet. Brand internet yang memang kita sedia tau macam Maxis, Celcom, Digi paling famous kan? So , sekarang dah ada persaingan internet lain macam Umobile, Altel, apa lagi eh..hmm korang sendiri tau kan. Kebanyakan semua internet plan ni saya sendiri dah cuba. Ala try ambik plan yang murah-murah je macam 1GB rm28 atau 1.5GB rm30. Sekadar mencuba. Lepas dah cuba. Ok la jugak kelajuan dia. Bergantung kepada coverage tempat tu lah , kalau ada yang 3G ke Hedge ke ok lagi boleh dapat internet. Tapi  kalau coverage 'Edge'. Alamat memang tak dapat langsung. Balik kampung langsung tak tau ape news semasa.  

Lepas dah cuba semua internet brand-brand lain, ada kawan cakap pakai la Umobile. Memang boleh jimat kalau sekadar nak whatsAp, fB, or twitter. So, saya pun try. Mula-mula try pakai yang paling murah la Uoll. Unlimited Mobile Internet (UMI) ada banyak pelan yang Umobile tawarkan dalam UMI ni, pelan UM20, UM25, UM30, UM35, UM50 (tertakluk kepada perubahan). So , saya ambik pelan UM20, RM20 je sebulan. Bila dah cuba sebulan. Eh macam ok je. So far tempat-tempat yang saya selalu ada internet. masuk bulan ke-2 ke-3. Ape lagi nak la jugak upgrade yang GB banyak sikit rm50 .. huuhuu. Pengalaman pakai UMI ni memang so far puas hati la, sebab apa tau? sebabnya dah la murah, pastu siap pelan UMI20,UM30 dan lain-lain semua ada free call kat semua no. Umobile. Dah latu pulak free call to all network selama 60 min weh. Selalu memang gayut sejam dah habis. hew.hew. (tertakluk kepada perubahan) 

Sejak ada ipad, tak best pulak kalau takde internet bila balik rumah. Nak beli streaming internet besar yang untuk satu rumah tu macam membazir pulak sebab parent tak guna sangat internet. So terfikir nak pakai internet yang boleh bergerak kat mana-mana je. Sebab tu la sekarang ni umobile offer Mobile Wifi. Bila ada Mifi mobile boleh bawak pegi mana-mana. Bergantung pada bateri life dia. 

Ini namanya Mobile Mifi dengan kelajuan 21Mbps. Model jenama HUAWEI Mobile Wifi E5330. 

Kena jaga bateri dia. Bila bateri dah warna merah jangan terus pakai sampai habis, nanti bateri dia leak. So far, saya jaga elok-elok bateri dia tahan dalam masa lebih 12 jam. Sebelum nak tidur memang kena charge balik ye untuk kegunaan esok pulak. :) . Package internet yang saya ambil RM88 sebulan untuk 21gb. Tiada kontrak, yang dikenakan. 8 bulan pertama ada rebate rm10 so bayar rm78 je untuk 8 bulan , lepas tu bayar rm88 balik yee. huhuu. 

Ok. Bye. Sekadar perkongsian. 


Saturday, 1 August 2015

Ms Nurain Blog| Work, Back On Track

Hai, Assalamualaikum

Harini Masih dalam bulan syawal, dah dua minggu lebih beraya, melepak depan tv sambil kunyah kuih raya. Tapi hati rasa tak tenang mengenangkan kerja r.a (research assistant) yang tertangguh. Aduiyai.. stress plak memikirkan data kajian yang tak cukup-cukup untuk publish result. Nak nangis pun ade, sebab dah brape bulan.. data ciput sangat. T_T humm. Moga-moga dipermudahkan.. Bila bilangan responden kajian sikit, pastu tak gerak-gerak, macam dah hampakan lecturer pulak. Geran penyelidikan dah dapat tapi hasil untuk data kajian pulak takde. itu yang sikit-sikit nak stress. haigoo. (tengah mengadu ni...wuhuuhuhu T_T) 

Hemm. Actually, soal selidik kajian yang saya buat ni berkenaan 'Kebolehpasaran Graduan' dalam mendapatkan pekerjaan. Target responden kajian pulak dah kecikkan kepada mereka yang tamat pengajian pada tahun 2010 dengan tahun 2012. Cuba bayangkan, nak kaji kebolehpasaran graduan satu malaysia, baru dapat responden dalam 20 lebih. itupun dalam kalangan keluarga terdekat atau kawan kepada kawan-kawan. heee. saya dah mintak mereka tolong isikan soal kaji selidik online tu, melalui fb, google, group fb yang ramai member, melalui whatssap, emel....satu dua je yang jawab. kekadang tu takde langsung. haigoo. 

Mungkin sebab topik kajian ni tak berapa menarik interest orang ramai. Kot. Tak menarik? isu pengangguran tak menarik eh? hmm. Tapi isu pengangguran ni penting bagi orang ramai. Kita kena tahu kebolehpasaran graduan kat malaysia ni boleh market themselves ke kat job market tu? kita boleh tau level employability graduan malaysia ni macamana kan? Instead of that, pengangguran dan kebolehpasaran isu yang berkait dengan isu negara. Ianya penting, penting, penting. Sangat penting bagi saya. Eheee. Over pulak. Yelah, maybe isu ni a bit serious, dats y people tend to ignore. Until they learn ..until they know ..why it is so important kan.kan.


Makanya people yang tahu pasal pengangguran je la yang ambik tau pasal employability ni, people yang ada curiosity ? people yang care about others? people yang ....how bout people yang tak ambik tau ? diorang tak nak tau ke how malaysian graduate level rite now? to make an improvement and effort to it? 

???? T_T Responden masih tak bergerak. Dalam bahaya. dalam bahaya. Haishhh. 

(cc: pic from thechat.com) 

I really want to make all my things happen.. Maybe need a little harsh efforts. InsyAllah i can do it.

Ms Nurain Blog: Breakfast @Meal Station@Kl Sentral

Hai. Assalamualaikum

Pernah tak dalam hidup ni, terasa sesorang sangat?. Rasenye mesti pernah kot. so, harini nak cerita breakfast kat Meal Station@Kl SEntral sesorang. Fefeling Lone Ranger sangat. huhu. Tengok member sebelah yang datang makan mesti ada yang datang ngan ayah, mak, (eceh macam tak pernah makan ngan mak ayah je.hiks.pernah je) adik beradik, atau marka eh. Wah bestnyee. Bila dah sengsorang breakfast ni jadi sendu pulak. mana laa kawan aku selama ni. so, tetiba nak menulis entry ni nak melegakan sendu di hati. mihmih^^. bUkak laptop terus writing. bila Tengok meja depan ?       aiks.. same je kite. hiks.
aisey termasuk plak pic abg waiter ni. sorry
pic: msnurain.blogspot.com

Hidup ni tak selalunya gembira. Ada kala kita dipenuhi kawan-kawan disekeliling. Adakala kita diberi waktu bersendiri untuk menjadi tabah terhadap apa yang kita dah lalui. So, Ms Nurain nak kuat selalu, boleh ke? Boleh la yee. 

Ahaa! makan apa eh breakfast kat meal station ni?


Breakfast makan ni jee. nampak tak kite diet ni. nak jaga badan. (kejap je tu.hihii). Telur separuh masak dengan roti wholemeal + teh susu kurang manis. Ada je menu lain untuk breakfast kat meal station ni macam nasi lemak, laksa, mee goreng, mee kari. Malas nak makan yang heavy2 pagi-pagi ni. Choose meal breakfast yang tak heavy sangat tapi cukup sekadar mengenyangkan. Bila keluar rumah je la ade time nak bfast macam ni..selalu kat rumah alas perut ngan air kosong je. huhuu. almaklum bujang la katakan.hew.hew.hew. 

Ok lah. Bye. Terima kasih sudi membaca entry kosoong ni. Apapun, Selamat menjalani kehidupan ini, untuk mendapat keredhaan-Nya. Syukur. 



Dad

Hai. Assalamualaikum.

Okay, entry kali ni bukan nak cerita masalah keluarga. nope. Ini tentang beza ayah sendiri dengan ayah tiri. Sesetengah orang entah macmana boleh terima ayah tiri tu macam ayah sendiri. of course memang boleh. tak nafikan pun. cuma saya rasa ..mereka sungguh beruntung. Macam saya sendiri ada ayah kandung. ayah tiri pun ada jugak. rite now duduk dengan mak and my stepfather. Tapi .. saya dah anggap my stepfather like my own father :) . Ambik masa jugak nak menyesuaikan diri. cuma anggapan like own father dengan real father takkan exactly the same. (in my case.huhu. kalau ada case macam ni mesti berbeza situation). 

Saya membesar bukan dalam kalangan keluarga yang sempurna. Oleh sebab itu, bila dah meningkat usia ni.. saya ada impian untuk di tunaikan huhu. Saya harap satu hari nanti when i get married my child will not experience what i've been through all this time. So, how can i be sure bout that? Jawapannya. Entah. tak tahu. hahaa. Some of my frens said, hidup ini adalah pilihan. Jika kita nak bahagia. kita pilih cara macamana nak kebahagiaan tu. iaitu Berusaha. Tapi, ada jugak situation yang mana seseorang itu takde peluang utk membuat pilihan. seperti suratan takdir. Entahlah. Bagi saya kedua-duanya betul. Hidup ini adalah pilihan. Hidup ini juga adalah takdir yang tersurat. tapi tak bermakna kita tak mampu mengubah yang sukar kepada yang senang.

Bagi saya membesar tanpa ayah disisi, its a tough thing. Lagi sedih mereka yang dah takde ayah. Saya ada je ayah kandung. Tapi, tak berpeluang untuk hidup bersama ayah kandung. Bila my parent divorce sejak kecil lagi, i lost opportunity merasa kasih sayang ayah. (okay, kalau kes yang ni. pilihan ke takdir?) 

Pandangan tentang Ayah? Ayah tu apa sebenarnya?

Ayah ..adalah suami kepada mak. Ada ayah dan mak, maka adalah kita. ayah adalah insan yang membesarkan kita. cari duit utk bagi makan, minum, pakaian, yuran sekolah dan lain-lain. Ayah mengajar kita tentang hidup. Seorang ayah akan nasihat kepada anak-anaknya yang hidup ni bukan satu gurauan. Ada banyak cabaran perlu ditempuh. Ayah ada disaat diperlukan. Kalau basikal rosak sape yang ambik tau? ayah la kan? nak beli tiub basikal ayah bawak pergi bengkel. motor rosak? kereta rosak pulak? yang ada adik-beradik lelaki bolehla tolong...hmm. 

Bila tengok kawan-kawan relation diorang dengan ayah . siap boleh manja-manja. bawak pergi jalan-jalan, ada problem call je ayah. nanti ayah datang. serius jeless weh hee. Apa yang penting bagi saya ..dalam proses seorang anak tu membesar..peranan mak ayah penting. Mak ayah berperanan mewaraskan anak mereka dari segi baik buruk hidup ni. itupun kalau anak tu nak dengar kata. hehe. Tapi, itulah peranan mak ayah untuk melenturkan anak mereka kepada lenturan yang baik. Jadi, sebab itu mereka yang tidak membesar dengan kasih sayang ayah, bukan mudah nak hadapi. 

Pandangan tentang Ayah tiri? sama ke dengan ayah kandung?

Okay je ada Ayah tiri. At least mak ade teman. ada orang yang boleh bantu. tapi ayah tiri bukannya boleh bergaul macam ayah sendiri. awkward tu still ada. tak banyak cakap. nak manja-manja? jauh sekali. dah besar kot. Ada sesetengah dapat ayah tiri yang sporting. pandai ambik hati. rezeki masing-masing la kan. Ade jugak ayah tiri advice something..macam sebelum nak exam dia ucap 'buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti' :) for me...im just okay with that.  No problem. 

Harap ada mesej yang pembaca dapat dari entry kali ni. Terima kasih sudi membaca :) 

cc: shiyaoyu.com (picture)