Top Social

Image Slider

Monday, 7 September 2015

Experience on GLC Open Day 2015


Bukan sahaja pameran produk, malah prestasi syarikat, pencapaian juga ditunjukkan untuk menningkatkan kekuatan maklumat syarikat dimata orang ramai. Sebenarnya pelbagai lagi aktiviti menarik boleh didapati di GLC Open Day tersebut. Cuma tak dapat ditunjukkan melalui gambar.hehee. 



Ada gambar lagi ni...


Ini salah seorang daripada yang mengambil peluang kerjaya di syarikat GLC. Senang je. Daftar dan attend, kemudian submit CV@ resume ke booth pameran kerjaya. :) 



Ini moment yang saya sempat captured "Sesi bersama CEO". :) Menarik bukan?? :) ^^

Eh..Mane tah CEO nya.. ^^, Alahai.  Oke takpe ..Next!


Sambil-sambil tu...ambil pulak moment dengan Kereta McLaren niee...hehee.Ohwsem.
Moment dengan "Camry Hybrid" pun apa salahnya ...hihiii. Suka sangat kereta warna putih. My favorite colouur... Okeh...gambar dah abis. 

Feeling attend GLC Open Day ni, sangat-sangat teruja. Tak sangka GLC Open Day penuh dengan contentt of activity. Ingatkan program kerjaya biase jeekk.. Eh mane bleh GLC company biasa jekk. It has to be Grand as always. hehhee. Ok Bye. 





Delicious Cornery Popcorn

Pernah rasa tak popcorn ni? Cornery Popcorn. Tersangat lah sedap Uolls. Kali pertama rasa popcorn ni haritu masa pergi main bowling dengan kawan-kawan belajar UKM dekat IOI city Mall Putrajaya. Lepas main bowling dan cuci mata tengok kedai-kedai yang mewah kat ioi Mall tu, lalulah depan Cornery Popcorn. Ehmm. Popcorn ni nampak menarik..sangat menarik. Sejujurnya, ianya sangat menarik perhatian untuk melihat, membeli, justeru dan memakannya juga. wahhaaa!. 

   
                                                              Okay! Dah Snap!

Cornery Popcorn ni menarik sebab banyak flavours yang dia buat. Haa . Tengok ! ada butterscotch, caramel, chocolate, peanut, bublegam?, banana?, grape soda? perisa Gula mElaka pun ada?? hahha. Oh ye, Perisa Kimchi pun ade taw :) . 

                        
  
Nah!. Belanja gambar Lagi :) Hehhee. 

                       

Nyumm-nyumm. Truely Daebakk! Untuk popcorn ni saya dah beli, saya dah rasa. Saya rasa hati macam ada bunga-bunga bila makan popcorn cornery ni.hahhaa! Dan yang pasti memang sedap .Thumbs Up for 5***** :) Welldone Cornery Popcorn !!!. 

Penghasilan Popcorn Conery bermula di Singapura sebagai negara pengeluar pertama yang menghasilkan Cornery Popcorn ni, diikuti Oleh Malaysia, dan juga China. Corney Malaysia Head Office terletak di Bandar Puchong Jaya. Di Malaysia terdapat beberapa Popcorn Cornery Gallery. Antaranya 

- KL Festival City
- Cheras Central
- Quill City Mall
- IOI City Mall, Putrajaya 

Kemunculan Cornery Popcorn ini, dikatakan telah mengubah persepsi orang ramai tentang popcorn yang mana popcorn biasanya didapati apabila menonton wayang@panggung. Namun, ternyata kemunculan Popcorn Cornery telah memberikan sentuhan baru dalam tren pemakanan popcorn, yang mana kini tidak terhad lagi kepada mereka yang menonton wayang di panggung sahaja. 

Bukan itu sahaja, keistimewaan Popcorn Cornery ini dihasikan daripada sumber jagung US popcorn kernel yang sememangnya mempunyai kualiti bertih jagung yang terbaik bagi menghasilkan bertih jagung corney yang lazat. 

Bertih jagung cornery munculnya dengan pelbagai perisa dan perasa yang mungkin salah satunya adalah kegemaran anda!. Kepada yang belum mencuba. Tolonglah Cuba! Sebab memang sedap sangatt!! Love IT!. 


Thursday, 3 September 2015

Reality about questionnaire or Survey

Dalam melakukan sesuatu kajian penyelidikan, data penyelidikan yang digunakan mungkin pelbagai. Ianya bergantung pada tajuk atau topik kajian yang dipilih, topik kajian yang dilakukan menunjukkan kemungkinan data jenis apa yang akan kita gunakan untuk mendapatkan keputusan dari data yang telah dikutip. Pelbagai hasil keputusan kajian boleh didapati melalui perolehan data yang pelbagai atau fix kepada satu jenis bentuk data. Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk data yang umum. Pertama, Primary data. Kedua, Secondary data. Secondary data, ataupun data sekunder adalah data yang diambil atau disediakan oleh sesuatu pihak, agensi, institusi berkenaan sesuatu isu penting yang berkaitan. Contohnya, data celik huruf Malaysia dari tahun 1980 hingga 2012. Atau Senarai data jumlah perbelanjaan pembangunan Malaysia dari tahun 1970 hingga 2010. Semua data ini boleh diperolehi daripada agensi atau institusi yang berkaitan.

Manakala bagi data primari, ianya adalah data mentah yang asal, yang mana ianya dikutip oleh pemilik data sendiri. Pengumpulan data primari adalah kaedah mendapatkan data yang memakan masa yang banyak untuk mendapatkan hasil keputusan sesuatu kajian. Data primari , salah satu kaedah pengumpulan data primari, kebiasaannya, melalui kaedah lapangan, temuramah, atau secara borang kajian kaji selidik yang biasanya akan diedarkan kepada sasaran responden yang dikehendaki. 

Terima kasih atas kecanggihan ilmu dan teknologi yang semakin mencabar, kaedah kaji selidik boleh diperluaskan dalam bentuk online survey. Namun terdapat realiti yang pengguna perlu sedar dalam penggunaa kaji selidik survey secara online ini. Realiti yang dimaksudkan bagi penulis meliputi aspek kehidupan, personal, jiwa serta permasalahn yang mungkin dialami penulis dalam mendapatkan data. Realiti yang dialami penulis adalah seperti yang dibawah. Mungkin ada pembaca nak tambah realiti yang dialami berdasarkan pengalaman sendiri. 

1- Kebanyakan orang takkan ada masa nak jawab kajian soal selidik. Walaupun soal selidik itu mudah. Mungkin ada responden yang kita dah approach akan cakap macam ni. "Kalau saya ada masa nanti saya isi".

2- Hanya mereka yang concern dengan sesuatu issue yang related survey topic aje.. yang mana kebarangkalian untuk mereka menjawab survey yang anda buat dia akan jawab survey tersebut.

Kalau bernasib baik, mungkin sebab kesian,hhaaha.

3- Bila buat survey secara online ni, target terlalu besar, sukar nak kecilkan. Bila dah kecilkan target, anda akan hdapi masalah no.1 dan 2.

4- Kebanyakan orang takde masa nak layan jawab online survey ni. Sebab?? Takde kena mengena dengan hidup diorang.hohooo. sama macam no.2

5-Bila buat soal selidik secara online, kebarangkalian bila post ke fb, twitter, dll medium, takde sape nak like, cmment, tolong share ke ape . tu tandanya .hang tak penting, tak famous. Memang tak. So, semuanya kena usaha sendiri. Lain la kalau anda ni ada link besar, link popular, mcm dato' ct, dato' ahmad maslan, or whatsoever yang gah belaka. Haa. itu senang. Kalau korang yang jenis macam aku saya nie, takde sape kenal, kenalan pun tak banyak. Bergaul pun bila perlu, then barulah nak melebarkan connection and communication bagai, memang terkontang-kanting laa nak cari respondent. Itu perkara yang korang kena accept. No body cares for you. Only u can help urself!!.

6- Realiti yang ke-6, korang mungkin akan putus asa. Boleh putus asa, tapi jangan lama sangat. bihii

Korang mungkin putus asa, sebab pada awal-awalnya korang memang bersemangat nak dapatkan pada masa yang sama hope dapat data dengan lebih banyak. Namun, lama-kelamaan tahap semangat tu menurun bila u realize nobody cares about ur survey. Hari demi hari sampai takde pun pertambahan bilangan respondent dalam data korang...

7- Realiti ke-7 (update 3Nov 9:13pm) korang akan sedar bahawasanya, korg macam dah taubat taknak tak nak buat primari data lagi.huhuu. azab sesangat. better secondary data sebab the easiest way nak collect data berbanding primari data yang mungkin mamakan masa berbulan-bulan. Tetapi.. secondary data could be hard also. depends on the subject matter area. Bila difikirkan balik, boleh je kita nak dapatkan primari data tu, cuma kena rajin, sabar..dan terus sabar :) Hmm. mampu ke people like me nak sabar. Ala siapa tau.. rezeki Allah tu kan luas. InsyAllah. 

to be continued..