Top Social

Image Slider

Friday, 18 November 2016

Recepi : Donut (Step-bystep)


Assalamualaikum...

Semalam Ain buat kuih Donut, kira ini pertama kali mengadun doh untuk buat kuih. Saja-saja ada masa lapang nak mantapkan skill memasak sebelum nak masuk alam perkahwinan. ewahh. hihi. Resepinya ain ambil dari Group Facebook "Masak APa Hari Ini" Macam biasalah group ni memang tak pernah senyap ada je resepi yang diorang post yang menarik perhatian. Jadi, Ain nak kongsikan resepi Donut yang empuk, dan memang gebu. Langkah-langkah membuatnya senang sangat lah haih. Rugi kalau tak cuba. Tak sangka percubaan pertama buat Donut memang menjadi! Maknanya resepi ni memang gempak, sebab orang yang tak pandai masak, kalau ikut betul-betul resepi ni memang jadi punya! Percayalah cakap Ain ni, Ain pun bukan pandai masak. Skill menggugel je lebih hikk. Ok Ain nak cerita resepi dengan cara-caranya :D 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Bahan-bahan:

- Setengah peket tepung gandum
- Setengah peket Yis segera
- 2 sudu besar margerin
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu susu pekat manis
- 1 cawan air suam


1) Langkah Pertama: Sila tengok gambar di bawah :) 

Ada dua bancuhan yang perlu dibuat. macam dalam gambar di bawah. 

- Bancuhan Air Suam
- Bancuhan Air Suam, Yis, gula, garam 
(Tukar dalam bekas yang lebih besar sebab nanti bancuhan ni mengembang)


http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Bancuhan Yis yang telah mengembang

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

2) Langkah dua: Adunan Doh. Ikut sahaja cara-cara dalam gambar dibawah

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

 3) Langkah ketiga: Canai doh dalam talam atau tempah yang rata. Tekap guna tupperware bulat. Kalau guna penekap Donut lagi senang :) 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

4) Langkah keempat: Goreng sampai garing. Sedapnya makan panas-panas ni! 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Taraa! Dah pun siap!. Salut dengan gula. Pastu dah boleh hidang. 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Ada lebih doh donut tadi, teringin pulak nak buat Burger Mini. hehe

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html

Senang sangat buat Buger Mini. Letak sambal ikan bilis dengan timun. 

http://msnurain.blogspot.com/2016/11/resepi-donut-step-by-step.html




Monday, 14 November 2016

Perception : Freelance Career

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah. Hari ini genap 4 bulan 18 hari Ain bekerja sebagai freelancer dalam bidang penterjemahan dan juga penulisan. Siapa sangka Ain boleh kerja sebagai freelancer je?. 

"Kerja dari rumah dari rumah, dapat duit?? kira kerja ke tu?" *Ada hamba Allah berkata*

Dalam hati Ain..ishh duduk planet mana lah dia ni. Tak kan tak tau perkembangan semasa. haih. Mungkin jadi freelancer bukanlah sesuatu yang hebat pada fikiran orang lain. Iyelah kerja freelancer ni mana ada gaji tetap tunggu tiap hujung atau awal bulan gaji masuk. Pada pandangan orang lain, freelancer worker, kerjanya tak tetap. duit kejap ada kejap takde. Patut la mak-mak zaman sekarang seebok suruh anak-anak kerja gomen. Asal dapat jemputan peperiksaan PTD, pegawai penerangan dan sebagainya memang kena pergi la gamaknyee T_T teheehe.. Ha. Lainlah kalau awak-awak memang bercita-cita nak jadi PTD atau government servant. :) Tapi bagi Ain kita semua kerja apa dah pun tertulis, semuanya Allah dah tentukan. Rezeki masing-masing kan? 

Bukan mudah nak jadi freelancer berjaya. Tapi dengan tahap Ain sekarang, Ain memang patut bersyukur dengan kerjaya dan pendapatan yang Ain perolehi sebagai freelancer sebagai penterjemah dan penulis bebas dengan pendapatan anggaran 2k-3k yang ain terima dalam matawang usd. Walaupun orang kata tak la kaya sangat. Tapi .. rezeki tu tetap ada dan tak putus. Nak tau rahsianya?Haa..nanti ain kongsi dalam entri lain ye? :) Ada juga kawan-kawan seangkatan ain yang masih bertatih sebagai freelancer dan inginkan pendapatan angka 2-3k. InsyAllah ain akan bantu melalui penulisan artikel pada masa lapang. 

Sebenarnya ada beberapa cara yang ain praktiskan sebagai freelancer untuk dapatkan pendapatan 2k-3k sebulan. Antaranya ain target pada klien yang verified - yang ini kena buat background check untuk elak penipuan a.k.a scammer, konsisten job, payment valid tiap-tiap bulan semuanya kena ambil kira supaya kerja yang kita buat tak sia-sia. Memang kena istighfar panjanglah gamaknya kalau terkena klien yang menipu. Kerja dah siap, kita pun dah submit kerja kat dia. Lepas tu tak reti-reti nak balas emel hmmm... T_T kan dah buat kerja percuma hmm T_T nangis kat bucu katil. tak dapat payment lah tuuu..

Ain percaya pada pepatah tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Malah, berada dalam zon selesa juga tak mendatangkan apa-apa faedah dalam hidup jika kita tak berani mencuba dan tak berani untuk melangkau dari zon selesa yang kita pijak sekarang ni. Kadang-kadang peluang dah ada depan mata, tapi kita masih teragak-agak sampailah ada sesuatu yang menggerakkan kita untuk melakukannya. 

Namun, bagi Ain. tak mengapa pun kalau kita berfikiran macam tu. Dalam proses kita belajar sesuatu biar otak kita hadamkan dulu maklumat-maklumat yang kita tak tahu untuk kita mencuba sesuatu. Biar prosesnya lambat dan tidak gopoh. Biarlah orang kata kita ni lambat berjaya dari orang lain, asalkan kita selamat dari sebab dan akibat yang mungkin berlaku. 



Sekian untuk hari ni. Terima kasih awak yang sudi membaca π¨Ύπ¨Ύ

Sunday, 13 November 2016

Saving Money in SSPN-i PLUS Acc AND Win HONDA JAZZ, TOYOTA VIOS. REALLY?

http://lynk.my/tGcd


Assalamualaikum semua, pada hari ahad ni ain terasa nak kongsikan kepada semua entri tentang pelaburan SSPN-i Plus Online. Anjuran tabung pendidikan inggi negara kita PTPTN. Apa yang paling menarik dalam pelaburan SSPN-i Plus Online ni, bila kita daftar dalam salah satu pakej SSPN-i Plus kita boleh menang kereta!! Alangkah bahagia dan seronoknya kalau dapat menang kan?! 

MasyAllah! Kalau menang rasa memang sujud syukur! Menang menarik cabutan bertuah SSPN-i kali ni, rugi rasanya kalau tak masuk cabutan sspn-i ni. Kalau tuan, puan, adik, kakak, abang dah baca atau ternampak entri artikel ni, lekas-lekaslah sertai cabutan bertuah sspn-i ya! Nanti menyesal pulak nak join tarikh cabutan dah lepas :D 

Ain dah pun daftar pelaburan simpanan SSPN-i Plus pada bulan lepas, sebab nanti menyesal pulak kalau tak masuk cabutan ni. Pakej pelaburan simpanan SSPN-i Plus yang ain pilih untuk daftar cabutan bertuah sudah tentu Ain pilih simpanan pelaburan yang paling rendah :). hehee 


RM30 sahaja ..
tiap-tiap bulan komitmen pun dah boleh menang kereta Honda Jazz idaman hati! hikk. Antara pakej-pakej simpanan pelaburan pendidikan yang ditawarkan 

 Pakej SSPN-i Plus Online


Terdapat 6 pakej simpanan pelaburan pendidikan yang ditawarkan, dan anda cuma perlu pilih pakej pelaburan yang sahabat semua mampu membayar, memang menarik pakej ni sebab berbentuk saving dan ada dividen pada tiap hujung tahun. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sahabat-sahabat boleh klik 

Hadiah yang boleh dimenangi melalui Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/2017 adalah seperti berikut:



untuk menang hadiah cabutan tahunan & hadiah cabutan suku tahun

Masih belum terlambat jika adik-adik, kakak, abang yang belum mendaftar SSPN-i Plus Online, masih sempat lagi nak melabur dalam pelan simpanan pendidikan ni! Cabutan suku tahun yang pertama dah terlepas, jangan sampai terlepas cabutan bertuah suku tahu kedua dan ketiga pula :D. Aishh melepas pulak kereta dengan wang sagu hati RM2000 :)) 

Friday, 11 November 2016

The Fall of Ringgit? Lets Find Your Career as Freelancer

Kecoh kebelakangan tahun ini dan juga baru-baru ini isu tentang kejatuhan ringgit Malaysia semakin teruk. Terutamanya semalam dan hari ini, dua hari selepas. Ada beberapa kawan ain yang terkesan dengan kejatuhan ringgit menjunam teruk. Sudahlah ringit menjunam, harga minyak pulak naik. Siapa yang tidak bimbang dengan keadaan ekonomi seperti ini. Tetapi mereka yang bekerja sebagai freelancer mungkin tidak terkesan dengan nilai kejatuhan ringgit Malaysia. Kenapa ya? 

*Masih ada yang tidak faham maksud Ringgit Malaysia lemah? Ringgit Malaysia lemah dikatakan jatuh     bemaksud nilai wang Malaysia lebih rendah dari nilai wang negara utama seperti Amerika Syarikat (A.S).  Pelancong luar negara terutamanya matawang AS beli wang negara kita dalam ringgit pada kadar yang  murah. Mata wang negara kita pula hendak pergi melancong atau menyambung pelajaran luar negara  terpaksa membeli mata wang AS pada kadar semasa yang tinggi. Senang cerita nilai mata wang rendah    maksudnya orang miskin, negara mata wang tinggi pulak orang kaya. Kita terpaksa keluarkan duit lebih    banyak untuk membeli barang negara mata wang " 

KENAPA? kerana mereka memperolehi pendapatan dalam mata wang AS$ (USD). $$$$ Menarik bukan? Siapa yang tidak mahu dibayar dalam kadar mata wang yang tinggi, apabila ditukar dalam mata wang sendiri yang lebih rendah memang lumayan hasilnya. 

http://lynk.my/E22K
Alhamdulillah, rezeki konsisten setiap bulan kerja freelance


Persoalan utamanya, bekerja sebagai freelancer itu bagaimana? dan apa maksud freelance atau freelancer

Berdasarkan definisi Google

Freelance didefinisikan sebagai bekerja dalam pelbagai syarikat, pada masa yang berbeza, berbanding bekerja dengan satu syarikat secara tetap. freelance juga sinonim dengan perkataan-perkataan seperti bekerja sendiri, berdikari, atau pun peroleh kerja secara kontrak. Namun, ianya bukanlah definisi yang tepat menggambarkan keseluruhan maksud freelance yang sebenar (Google)

Berdasarkan definisi Wikipedia

Freelancer atau 'pekerja freelance' menurut Wikipedia pula ianya didefinisikan sebagai terma yang kebiasaannya digunakan dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri (self-employed) dan tidak semestinya perlu mendedikasikan kerja kepada satu jenis pekerjaan yang tetap dan jangka panjang. 

Kalau nak cerita secara panjang lebar apakah freelance memang tidak cukup masa untuk cerita, kerana definisi freelance boleh dilihat dari pelbagai perspektif bidang yang berbeza, berdasarkan skop kerja seseorang itu. Pekerja freelance kadang-kadang mewakili syarikat atau agensi sementara yang membekalkan buruh atau pekerja kepada klien. 

Bidang, profesion dan industri-industri yang mana dinominasi oleh pekerja freelance kebanyakannya 
dalam penulisan, pengaturcaraan komputer, reka bentuk laman web, penterjemahan, illustrasi kreatif dan pelbagai bentuk hasil kerja atau karya lain yang boleh dihasilkan. Menurut laporan dalam industri freelance 2012 di Amerika Utara, separuh dari mereka yang melakukan freelance melakukan kerja dalam penulisan (wikipedia). Sementara yang lain dalam kadar peratusan yang kecil. Walaubagaimanapun, 

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perkara ini. Melalui program eRezeki High Income Apprentice (eHIA) anjuran MDEC bertujuan memupuk masyarakat untuk bekerja dalam industri freelancer. Pada masa yang sama menggunakan peluang kerja secara bijak sebagai freelancer dikala ekonomi negara dan ringgit merosot. Kerja sebagai freelance boleh dilakukan secara sepenuh masa atau sambilan. Pekerjaan dalam freelance bergantung kepada masa senggang yang anda sanggup korbankan untuk dapatkan perolehan pendapatan tinggi setiap bulan 

Melalui program erezeki High Income Apprentice diajar tentang selok-belok dunia freelance. Pokoknya di sini program eRezeki mendidik masyarakat menggunakan kemudahan internet yang pantas dan mudah didapati pada zaman moden ini. Laman web freelancer.com adalah salah satu platfom digital yang diajar untuk jana pendapatan dalam USD$ secara terperinci dan memahami bagaimana sistem jana duit wang itu berfungsi. 


http://lynk.my/E22K
Antara kerja yang klien offer dalam freelancer.com untuk projek terjemahan buku
Hasil tunjuk ajar daripada program eRezeki dalam platfom jana duit freelancer.com membuahkan hasil yang lumayan. Bila sudah dapat projek $400 usd baru percaya kan?. Saya pun pada mulanya tak percaya, tapi hasil berkat ilmu yang dipelajari mengenai freelancer, usaha mendalami ilmu, Alhamdulillah. rezeki tidak berhenti sampai disitu sahaja. 

Apa yang sahabat perlu tunggu? Jom jadi freelancer, Jom cari kerja dalam $USD. 



Thursday, 10 November 2016

Finally. CONVO!

Alhamdulillah, hari ahad lepas 6 Nov 2016 selesai ain berkonvokesyen bagi pengajian master ekonomi di Ukm. Tarikh tamat belajar yang sebetulnya adalah pada awal feb 2016, konvokesyen pada Nov 2016. Perkembangan Ain selepas menamatkan pengajian, Ain telah melibatkan diri dalam dunia #freelancer. Kini Alhamdulillah boleh dikatakan sebagai berjaya menjadi #freelancer sepenuh masa dengan pendapatan yang konsisten. Memang tak disangka-sangka rezeki datang dalam bentuk sebegini. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi. Bekerja sebagai #freelancer sepenuh masa membolehkan Ain kemaskini blog Ain yang terbiar lama. Barulah ada masa praktikkan dunia penulisan blog. Eh macam dah lari tajuk. Ain nak cerita tentang konvokesyen ni.

Bila diimbas kembali..beberapa tahun lepas, cubaan ain untuk dapatkan segulung Ijazah Sarjana a.k.a Master bukan sekali, tetapi dua kali. Cubaan pertama ain menyambung pengajian di UiTM Puncak Alam dalam pengajian Pengurusan Maklumat. Tak sempat satu semester dah pancit. Akibat tak pandai urus masa dengan sistematik. Tapi ..Ain tak menyesal. eh. Ade la menyesal sikit. Menyesal bukan apa. Menyesal sebab tahu Ain mampu buat yang lebih baik jika masa boleh diulang semula.

Tapi. Ain tak berhenti separuh jalan. Bagi Ain berhenti belajar master pada waktu itu bukan bermaksud ain berhenti separuh jalan. Cuma pada masa itu, keadaan tidak mengizinkan ain untuk meneruskan pengajian. Ain ambil keputusan berhenti belajar, tetapi simpan niat dan azam itu dalam hati. Mungkin lain kali, mungkin lain masa. Cuba memujuk hati. Walaupun tahu kecewa, segala usaha memohon pengajian, sia-sia duit bayar pengajian, tenaga dan masa yang dibazir begitu sahaja.

Namun. Hidup ini memang tidak lepas dari andaian ekonomi - Kos Melepas. Kadang-kadang ada perkara yang terpaksa kita korbankan demi kebaikan waktu itu. Walaupun kita rasa yang kita boleh buat lebih baik dengan dugaan dan cabaran yang melanda, percayalah yang anda telah lakukan semampu mungkin dengan kuasa anda sebagai manusia biasa. #hehe Manusia kan ada kuasa membuat keputusan, kuasa pertimbangan, kuasa berunding dan macam-macamlah kuasa yang Allah bagi sebagai manusia biasa. huhuuu..

Sekarang ...Alhamdulillah. Kiranya Ain dah berjaya tamatkan pengajian Master dalam percubaan kedua dalam bidang ekonomi.

 Err nampak poyo pulak posing jubah konvo hahaa Maaf ^^



Dua tahun bertungkus-lumus menyiapkan tesis, mengambil peperiksaan yang lari bidang dari bidang asal, terpaksa bermula dari kosong, dugaan perhubungan, makin menuntut ilmu makin rasa kerdil, dan banyak lagi yang kita tidak tahu...namun semua tu, kini telah berlalu, kita hanya perlu tempuh atau redah ia dan jangan putus asa. Benar kata orang, memang payah pada mulanya, namun akhirnya nanti kita boleh lihat sendiri kemanisan dari segala ujian, cabaran yang Allah beri. Ini baru buat Master, kalau Phd ..memang lagi besar cabarannya. 

Check Your PTPTN Blacklist Status Online

Assalamualaikum Sahabat-sahabat sekalian,

Artikel kali ini Ain hendak kongsikan tentang Semakan Status Senarai Hitam PTPTN , terutamanya kepada sahabat-sahabat yang pernah membuat pinjaman pendidikan PTPTN. Anda sudah semak ke belum status pinjaman PTPTN anda? Jika belum sahabat-sahabat tahu bukan kesan buruk dari Status Senarai Hitam PTPTN? Jika sudah semak dan anda bebas dari senarai hitam bolehlah tersenyum lebar :)

Sahabat yang belum semak status senarai hitam PTPTN, bolehlah klik pada pautan semakan ptptn secara talian ini -->  KLIK SINI. SEMAK STATUS SENARAI HITAM PTPTN



Semakan status senarai hitam ptptn ini sebenarnya telah mempermudahkan kita untuk mengetahui status hutang pinjaman pendidikan. Sekiranya kita tergolong dalam kategori yang akan disenaraihitamkan sebaiknya sahabat perlu segera ke pejabat atau kaunter PTPTN terdekat untuk dapatkan nasihat dan rundingan dari pegawai bertanggungjawab.

Alhamdulillah, Ain telah pun dapatkan nasihat dari pegawai PTPTN dan segala urusan berjalan lancar setakat ini. Perancangan ke luar negara pun tiada masalah lagi :) . Ain turut terkesan sebenarnya bila dengar ada kawan Ain rancang mengembara ke luar negara dihalang di lapangan terbang KLIA. Masa tu sia-sia saja duit tiket kapal terbang beli. Sejak itu, Ain memang ambil perhatian pada pembayaran PTPTN secara konsisten.


Tidak rugi kalau kita bayar pinjaman PTPTN secara konsisten, malah ianya berbaloi dari sudut perancangan hidup jangka panjang. Oleh itu kepada mereka yang telah menamatkan pengajian dan dalam usaha mencari kerja atau telah mendapatkan pekerjaan, jangan lupa atau buat-buat tidak endah pada pinjaman ptptn ya :). Seeloknya perlu membuat tindakan awal sebelum tarikh efektif pembayaran PTPTN berlangsung.

Bak kata orang , Mencegah itu, lebih baik dari merawat. Supaya tak terkesan dikemudian hari. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. ..Amin.


Di bawah, Ain senaraikan beberapa keburukan calon yang disenaraihitamkan oleh PTPTN ;


KEBURUKAN DISENARAI HITAM PTPTN  

- Sukar mendapatkan pinjaman perumahan dan kereta, kerana rekod buruk dalam laporan kredit CCRIS/CTOS. Hajat beli kereta & rumah terbantut. Sedihnya!

- Rekod buruk dalam laporan kredit BNM menggagalkan membuat permohonan pinjaman bank terutamanya pinjaman peribadi. Sedihnya!

- Dihalang keluar dari negara oleh pihak immigresen. Sahabat mungkin tidak mahu dihalang di lapangan terbang oleh pegawai immigresen bukan setelah siap membeli tiket dan segala itinerari melancong yang anda rancangkan bersama insan tersayang tidak jadi kenyataan. Sedihnya! :-(

- Jika hutang melebihi 40 ribu anda bakal diistiharkan muflis!. Sambung belajar Diploma pinjam PTPTN, sambung belajar ijazah pinjam lagi PTPTN, teringin nak sambung MASTER pinjam pulak pinjaman MARA. Kalau dijumlahkan semua mungkin bakal capai hutang 40 ribu! Wahh muda-muda lagi sudah diistihar muflis! Sedihnya! :-(

Tuesday, 1 November 2016

Recipe : Prawn ButterMilk [Home Ingredients]

Assalamualaikum! Alhamdulillah dengan jayanya sekali lagi Ain berjaya mengemaskini blog yang kian lama terkubur ini. Sudah lama tak kemaskini blog terus nak tulis tentang resepi #Udang #Ala-ala #ButterMilkPrawn.

Ceritanya macam ni, sambil Ain menaip buat terjemahan, mata pulak menatap televisyen tengok foodnetwork #FavoriteChannelTV. Ain ternampak iklan makanan sedap lagi menjilat jari, menyebabkan dalam kepala berfikir resepi apa lagi yang belum cuba? Secara tiba-tiba Tingggg! Terlintas dalam kepala resepi udang butter prawn ni belum try lg! Pada masa yang sama Tinggg lagi! Eh dalam peti ais ade udang laa! Tingg! Jadi ..memang menu malam ni la gamaknya #nyumm3

Ain tak pandai sangat masak. Tapi Kalau pandai pun mesti sebab tengok resepi sedap-sedap dan menarik kat google hee. Maka ...setelah Google resepi tak sampai 5 saat, entry resepi Nina Mirza ni yang menjadi pilihan Ain. Terus klik baca bahan-bahan dan cara-caranya. Cara nak masak memang sangat senang dan semudah a.b.c lah! Lepas habis baca and catat bahan-bahan yang penting terus berdesup ke dapur masak nasi. #perut dah lapar #baruLigatMasakhew Lepastu pergi petik daun kari kat luar rumah #yeay

Memandangkan resepi yang Ain buat ni namanya #Ala-ala yang bermaksud macam resepi #butterMilk prawn dan bukan sebijik macam resepi #ButterMilk Prawn yang betul. Jadi...menu pun spontan je hari ni tak plan pun, dalam peti ais takda #cheese, takda #butter pun #susu pun takda dalam peti ais #hikk. Maka dengan itu menu ini telah dikemaskini dengan seadanya.



Bahan Yang Ada Kat Rumah Pada Masa Kejadian

- Susu Tepung tak kisah apa jenama pun (2 senduk besar nak bagi rasa lemak berkrim)
- Tepung jagung (1 sudu kecil) 
- Planta (1 senduk setengah)
- Udang setengah besar (Semangkuk. terpulang pada kadar penyediaan :)
- Daun Kari 4 batang
- Bawang Besar (Sebiji)
- Cili api (diketuk)
- Bahan untuk perap udang (Serbuk kari 1 sudu besar, 1 sudu besar tepung gandum, Garam secukup rasa - Perap udang selama 20 min) 




Cara-cara memasak:
- Pertama sekali buat perapan udang (Serbuk kari 1 sudu besar, 1 sudu besar tepung gandum, garam secukup rasa - Gaul sebati & Perap udang selama 20 min)
- Bancuh susu dengan air suam dalam 500ml & bancuh tepung jagung dalam bekas lain supaya tidak berketul. Selepas kedua-dua bancuhan telah sebati dan tidak berketul dan tidak nampak ketulan tepung, boleh campurkan kedua-duanya dan kacau hingga sebati. 
- Potong dadu bawang besar, bawang putih, dan ketuk cili api. Ketepikan.
- Panaskan kuali sederhana, masukkan planta dan cairkan. Masukkan bawang/bawangPutih/CiliApi yang dipotong tadi. Tumis hingga garing dan masukkan daun kari. 

- Tumis sampai naik bau. Nak tambah warna bubuh serbuk kari 1 sudu kecil. dan kacau jangan sampai hangit eh. 
- kalau tumisan kuali sudah garing dan naik bau, boleh masukkan bancuhan susu lemak berkrim tu, kacau sampai mendidih, jangan biarkan kena kacau sebab elak berkerak kat bawah. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Baiklah dah pun siap. Tutup api. 

- Lepas siap buat kuah ala-ala #butterMilk , dah pun siap 20 minit perapan udang. 
- Lepas perap apa lagi kita gorenglah semua udang tu. 
- Lepas siap goreng udang, tuang kuah #butterMilk dalam bekas udang goreng dan gaul sebati. 
- Siap dan hidangkan. 



#takSempatNak#Mendekorasi #DalamPinggan #L.A.P.A.R 


Baiklah selesai sudah menu hari ni Resepi Udang #Ala-ala #ButterMilk Prawn. Ain cakap dengan mak ain tak bubuh keju atau Butter , cume guna Planta dengan susu tepung sahaja. Mak kata sedap dah ni..tak perlu keju pun. #MakPujiKitaMasak #KitaPunKembangDiam2 #heheee.

Baii. Selamat Mencuba. 


Monday, 31 October 2016

Dear Married Guy

Dear Married Guy,

First of all. I want to thanks to you for hardly knowing me. Putting your effort texting me, flirt and spread every tactic to got into me. Dear married guy, don't u not knowing the realization of your self? That u are a married man?? Or you really are got into out of your mind? I think you really do.

Dear married guy, don't u know how your wife feels when she knows you trying to build another life with someone else behind him. Don't she feel sad and devastated with his life? And most important don't u feel what is your wife feeling? or u really don't even think about his feeling don't u? don't u love him as u said when your love is in the air?

What about the kids?? How will she going through his life when she...entire life decide to spent whole life with you?

Dear married guy, I still don't understand what is the point to have another affair. I really don't.



Thursday, 26 May 2016

A while of happy moment

Ada suatu ketika, aku rasa ujian yg datang tu ..perasaan mengeluh datang...'apa pulak ujian yg nak datang lepas ni' tertanya-tanya lagi dalam hati 'ujian yg mcamane pulak ye Allah nak bagi kat aku'. Seolah-olah try to prepare yourself at the worst thing. Jujurnya, aku mmg takut dgn ujian-ujian yg Allah beri. Antara persoalan2 hati dan fikiran pada saat bibir dan bahasa badan aku lumpuh sepenuhnya. Hanya aku dan fikiran. Memandang ke langit. Antara aku dan fikiran. Memikirkan tentang Allah. Pencipta aku. Betapa kerdilnya aku. Memikir betapa Allah yang menentu segala tsurat dan tsirat. Aku tahu dalam pada tahap-tahap ujian yang manusia terima sebagai hamba, Dia tahu kemampuan hamba-Nya (kat sini pun aku dah rasa kerdil betapa Allah maha mengetahui segala-gala nya). Allah takkan biarkan aku terkapai-kapai. Sesuatu yang aku dan kita kena percaya. Macam coach munir cakap umpama 'Sauh' (ala macam sauh kat laut tu). Yang aku faham 'umpama sauh' ni kalau sauh dipacakkan kat laut, So..sauh dalam hidup pulak merujuk kepada suatu keyakinan atau kepercayaan yang dipacakkan dalam hati kita. Andaikan manusia tu kapal, keyakinan dan kepercayaan pulak sauh, Allah adalah tempat kiita bergantung atau tapak dimana sauh itu dipacakkan. Andai kata kalau sauh tempat kita berpacak tu longgar...bmkna kpercayaan/keyakinan kita pada Allah longgar. Tanpa bantuan dan pertolongan Allah kapal kita mungkin hanyut entah kmane tanpa tujuan.

Pernah tanya tak pada diri yg dalam hidup kita ni apa sauh yg kita dah pacakkan ? Untuk survive jalani hidup dan akhirat nanti. Ini la tanda tanya yg timbul dlm otak aku mase coach munir bgi motivation. Terasa jugak la. Banyak jugak la kalau dari segi transferrable skill (ilmu-ilmu kehidupan) aku dah tertinggal. Sebab ape? Sebab aku silap setting matlamat hidup. Matlamat hidup aku sendiri pun x jelas. Honestly, dari segi matlamat hidup aku direction die mcm bengkang-bengkok, Allah bagi ujian baru sikit. Itupun dah goyah sauhnye. *Astagfirullahhalazim* Dalam setiap ujian yg datang..aku berfikir mcmane nak istiqomah dgn ujian2 yg dtg.. Bila fikirkan yg ujian yg dtg pada diri aku hanyalah sekelumit sahaja klau nk dibandingkan mereka yg dilanda peperangan yg bukan mereka minta. Moga mereka tabah. Berilah mereka kekuatan Ya Allah! Sebagaimana kekuatan yang kau berikan kepada mereka yang bertaqwa. Jauh dalam sudut hati aku , merekalah pejuang yang sebenar. 

#penulisanAgakDramatikKaliIni
#JanganTanyaKenapa
#SamaSamaMuhasabahDiri
#SedariBahawaDuniaIniBukanMilikKita
#MogaKitaSentiasaDalamKeinsafan

Sharing is Caring.

Lots of Love,

Msnurain.blogspot.com
Sunday, 22 May 2016

Yeay ! Accepted to be apprentice of eRezeki High Apprentice Programme (eHIA)

Alhamdulillah..terpilih memasuki tapisan program eRezeki High Income Apprentice (eHIA) under MDEC. So first word came in mind is 'Yeayy!!' And another big smile in my mind 😊. Yeay. Yeay and yeahh.. Another life objective to accomplished. Keseluruhan yang berjaya dipilih bagi first batch programme ni seramai 30 orang.. Tapi so far yang hadir mendaftarkan diri lebih kurang 10 orang atau mungkin lebih atau maybe diorang daftar lambat.

Everything was in rush. dapat tau terpilih dalam tapisan eHIA ni pun last minit dalam hari jumaat petang lepas, hari sabtu baru dia bagi letter offer melalui email, hari ahad terus daftar dan lapor diri di Shaftsbury Services Resident, Cyberjaya. 


Databv daftar dalam pukul 4, untuk register kehadiran program dan tengok tempat pengunalan kitorang...which is the best part of this program i think for now. Hehee 


Jom tengok bilik yang kitorang dapat kat Shaftsbury Resident ni, tak sabar nak share ni 😁 

Bilik penginapan untuk sepanjang 3 bulan program 😊. Best2. Sape yg tanak duk rumah mcm ni utk jangka masa yg boleh kata agak panjang..hee. Tapi..best, best jugak. Yang penting niat utk program ni jgn lupe plak ye, matlamat dan objektif program *reminderMyself*hiii

Nah belanja gambar lagi 


Depan katil ade tv hokay, tak payah berebut remot ngn mak lagi kah3 


For me ..tak tau kenapa view ni nampak romantik, padahal gambar hutan ngan bangunan je pon.huu


Time dinner kami makan mihun jeee.  Burrpp. Alhamdulillah πŸ˜ŠπŸƒπŸ»


Bye, todless ...to be continued.. 🐝 for update eHIA programme.....











Monday, 16 May 2016

2 Cutest Things That Attract Girls

Tahukah uolls yang terdapat 2 perkara yang akan menarik perhatian wanita. Wanita, sememangnya terkenal dengan hatinya yang lembut, sensitif dan even sometimes cepat touching mudah tersentuh dengan perkara-perkara yang comel. 

*oh ye. perempuan juge cepat melenting. Itu memang tidak dinafikan.kui3. Kerana...emm malas nak citer bab ni. NEXT. 

Perkara yang comel? Atau makhluk yang comel sebenarnya?? Ape-ape jela ain. Apa yang penting fokus dalam entri yang bertajuk '2 perkara comel yang menarik perhatian wanita' ini adalah yang pertama adalah makhluk yang dikenalpasti sebagai 'bayi' a.k.a 'baby'. Dan yang kedua nya adalah Kucing a.k.a Cat the Miaw ^^,  Ye betul telahan anda yang membaca tu. Bayi dan kucing adalah makhluk paling comel. Kejadiannya subhanAllah...MasyAllah kecomelannya memang tiada keraguan. 😊😁. 

Bayi dan Kucing... Dengan melihatnya sahaja wanita akan melting, andai terdapat tindakan refleks didunia ini apabila melihat makhluk-makhluk yang comel ni, wanita la yang akan berrefleksi (betul ke ayat aku ni.hehh). 

Hanya dengan melihat betapa kecil dan comel kedua makhluk ini pun dah aww...cutenyeee ♥️😍 lulsszz .. 


eh..eh..eh..ini baby ke? emm baby la ni..baby kucing..Ya Allah..Comel nye..geramm nyee. uhukk2. Rase macam nak gesel-gesel je paus berbulu baby miaw ni kasi dia bangun then ajak die main bom bom chakk! ahak! 


Tengok la gambar yang ni..ishh innocent nyee. Ketuk kang! awat la comey sangat ni grrrrr (kegherrwaman) hurmm. 



Dan apabila baby miow ditemukan dengan human baby...tengok ape jadi.

The best caption maybe...

baby miaw: babap nak? babap? (Sambil angkat paw die)

human baby: abubuubu..bubu abuubuu? *dalam bahasa bayi x de translation dengan air liurnya menjejehh (hebat gile imaginasi penulis.hukk2)


oh..rupenye..human baby tu cakap.. "abuuuubuuubuuuu...buuu buuu abuu " maksudnye human baby panggil baby miaw Abu.....bubu buuubum..bubum..human baby suruh baby miaw bubumm same-same..pastu human baby pun pelok la baby miaw sampai senak si baby miaw niy...hmmm...ish-ish..

kan dah speechles si baby miaw tu sampai tebeliak anak mata die..huhuuu^^, Both of u comel la..

Makhluk tuhan yang paling comel. SubhanAllah. :) 


Lots Of Love,

msnurain.blogspot.com


Segmen With AMIRAH AZMAN & SPONSOR

SEGMEN WITH AMIRAH AZMAN & SPONSOR

https://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html



Assalamualaikum,

Hai! , jom join Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor ni. Ain sebenarnya jarang-jarang sekali join segmen-segmen ni, tetibe je terlebih rajin nak menyumbang kepada jumlah penyertaan segmen. hee. Tujuan ain join segmen ni bukanlah semata hadiah penyertaan je tapi lebih kepada meluaskan rangkaian network dengan blogger-blogger yang ain x kenal. ha uolls jom la join ye.. :) click gambar banner diatas untuk join segmen ni okay kay kay... 

Lots of Love,

msnurain.blogspot.com
Sunday, 15 May 2016

Blogwalking Segment By Yanie Yusuf 2016



Assalamualaikum,

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Ain menyertai 'Segmen Blogwalking' :) selama 4 tahun blogging. haha. Hai Kak yanie. Salam Perkenalan. Jom yang lain join blogwalking segmen kak yani ni. Tarikh tamat 31 Mei 2016. Click banner pada gambar diatas tu untuk join blogwalking segmen ni kay πŸŒΈπŸ˜‰....


Lots Of Love,

msnurain.blogspot.com

Tutorial on How To Install Widget Media Social Icon at SIDEBAR BLOG

Hai!,

Sebelum-sebelum ni Ain pernah try pasang Ikon media sosial di blog Ain, kebanyakan memang menjadi tapi ikon media sosial tu tak berapa nak smart. So ain biar je dulu sebab nak tunggu jumpa widget ikon media sosial yang ain suka. Jadi ini dia, ain share to uolls okay. Sama-sama belajar cantikkan blog memasing. Dulu kemain ain susah nak paham widget function ni walaupun dah 4 tahun blogging. huhu

Tutorial:

1. Pergi kat layout, klik script/html box. Kemudian copy code dibawah :)

Copy start dari bawah ni:

<div id='top-social-profiles'>
<ul class='widget-container'>
<li class='social-profiles-widget'>

<a href='http://www.twitter.com/romeltea/' target='_blank'><img alt='Twitter' src='https://lh6.googleusercontent.com/-40NMu9YKlek/VJ66NcYZy3I/AAAAAAAAI5Y/9Yn9ZtLQb18/s32-no/twitter.png' title='Twitter'/></a>
<a href='http://www.facebook.com/romelteamedia/' target='_blank'><img alt='Facebook' src='https://lh6.googleusercontent.com/-DDBzF64PrRQ/VJ66Llwc7uI/AAAAAAAAI44/9cZaAsCSBOM/s32-no/facebook.png' title='Facebook'/></a>
<a href='http://plus.google.com/103329103950948291283/' target='_blank'><img alt='Google Plus' src='https://lh4.googleusercontent.com/-87tOc499YgM/VJ66MM6smeI/AAAAAAAAI48/CpqKtTJyhSs/s32-no/google.png' title='Google Plus'/></a>
<a href='http://www.linkedin.com/in/romeltea' target='_blank'><img alt='LinkedIn' src='https://lh6.googleusercontent.com/-wsMOZqtgZsI/VJ_Wi7YStbI/AAAAAAAAI9Y/xWVrEivmlZY/s32-no/linkedin.png' title='LinkedIn'/></a>
<a href='http://www.pinterest.com/romeltea/' target='_blank'><img alt='Pinterest' src='https://lh5.googleusercontent.com/-rQI0ZCqxvX0/VJ_WjcQ9QII/AAAAAAAAI9g/0XajOPBuXKI/s32-no/pinterest.png' title='Pinterest'/></a>
<a href='http://instagram.com/romeltea' target='_blank'><img alt='Instagram' src='https://lh4.googleusercontent.com/-3MPofh4xhe4/VJ66Ma_XWaI/AAAAAAAAI5E/6d8mLJBvFFU/s32-no/instagram.png' title='Instagram'/></a>
<a href='http://www.youtube.com/user/romeltea' target='_blank'><img alt='Youtube Channel' src='https://lh3.googleusercontent.com/-iuHC7JsIgz0/VJ_WHFriyOI/AAAAAAAAI9I/S2gf8lcU8uA/s32-no/youtube%2Bicon.png' title='Youtube Channel'/></a>

</li>
</ul>
</div>

2. Pastekan dalam box script/html tu. Save layout/template.

3. Okay..dah siap pun. IKON MEDIA SOSIAL tu . Ok BYE. Kalau tak menjadi bagitau taw. k k.



Saturday, 14 May 2016

Baking On Weekend & Watch Solemnization of Sharol & Ana 2016

Assalamualaikum, 

Hari ini hari ahad. Esok hari isnin. Lemau betul bile pikir esok yang hari Isnin tu πŸ™„. Hmm. Cepat sangat masa berlalu. Masa nak bersantai pun kurang sebab hidup semakin banyak tanggungjawab. Tadi lebih kurang kul 11.30 lepas habis mengajar, sampai rumah terus ain sedia bahan-bahan membaking. Bagi ain, membaking adalah waktu santai yg ain gunakan untuk buat kerja selain mengajar, dan buat kerja-kerja lain. Kalau ain nak release tension , selain pergi bercuti. Ain membaking. A.k.a buat Kek. Huhu. Tak tau kenapa, dia macam bila buat kek tu kan uolls macam ade suatu kepuasan yang kita lakukan kerja dengan bagus. Yang mana tahap kepuasan bila membaking tu yang membuatkan tak akan rasa jemu. Betul tu uolls, sungguh ain citer ni. Kalau ain dalam dilemma kan memikirkan suatu keputusan, benda yg ain nak cari mesti tepung, mentega, telur, esen vanilla dan seangkatan dengannya. Mungkin dalam proses ain membaking tu la ain mencapai ketenangan utk membuat keputusn. Huu. Korang pulak macamanerr??? 


Bebel punya bebel...dah siap pun adunan bater kek ...hmm 😊🌸


Loyang pun siap dimasukkan dalam oven yang dipanaskan selama 20min. Time ni bahagia betul..rasa tak sabar nak tunggu taste kek ni. Padahal dah berpuloh kali buat kek. Macamtu la tahap ketidakjemuan membuat kek yang ain cube sampaikan. Tak dapat digambarkan dgn gambaran sahaja, memerlukan imaginasi dan tahap ketersampaian yang tinggi πŸ€”πŸ€” hmm.

Sambil-sambil tunggu kek masak...tengok pulak Rancangan Walimatul Urus Sharol & Ana. Cantik n sopan isteri shahrol orangnya...sempat jugak mengsnap gambar wedding diorang kat tv πŸ˜πŸ˜‚ hehe


Ni majlis pengantin belah perempuan, adat johor, ada kena tol...


Pengantin perempuan..Namanya Ana Danissa kalau x silap ain


Ni masa kena tol, ada berbalas pantun, seronok pulak tgk scene wedding mcm ni. Menjadi kenangan dan memori bahagia buat shahrol & Anna 


Haa. Yang ni pulak, bila banyak sgt tol (banyaknya peringkat tol kena lepas) last-last bayar guna smart tag πŸ˜…, pastu wakil pengantin perempuan respon baki tidak mencukupi hahaa πŸ˜†. 


Pengantin perempuan menunggu dengan sabar. Mesti pengantin perempuan berdebor-debor niyh. Ecececey... Dup dap dup dap.



Last sekali...pengantin lelaki pun berjaya sampai ke atas pelamin.. 😊 hehe


Family & pengantin . Selamat Pengantin Baru Sharol & Ana ♥️♥️♥️♥️. 


Awww.. Suweet main bisik-bisik plakk. 😁 cik Ain bile lagi niyh.. Haiyaa 

Okay. The End. Cik Ain masih menunggu En. Bakal datang meminang. K bye. ✍🏻 


Owh lupe ...rancangan walimatulurus habis, kek ain pun dah ciap masak. Hehee. Ciao. 





Wednesday, 11 May 2016

eREZEKI HIGH APPRENTICE PROGRAM #UPDATE

Assalamualaikum,

Sebelum ni ain ada share tentang #eRezeki. Jadi kali ni ain nak share assessment yang ain dah dapat sepanjang menyertai eRezeki High Apprentice Program ni. Lebih kurang dua mingga lepas ke tiga minggu lepas macamtu ain apply program ni, sekarang dah dapat test penilaian. Penilaian test yang ain dapat yang terbaru adalah test Linguistic / English Translation / Copywriting Evaluation. Sempat jugak la ain screen shot test tu nak kongsi dengan korang yang mesti nak tau tu. Hehe. Mesti la Ain tau korang nak tau pasal erezeki ni sebab dalam banyak-banyak entry post, carian keyword tertinggi adalah #jana pendapatan #erezeki dalam blog. So, apa kata ain kembangkan lagi topik ni mengikut perkembangan program. Kan best macam tu. Share maklumat dengan uolls semua ni. 

eREZEKI Program by MDEC

Dalam 3 hari lepas ain ada terima invitation email dari eRezeki High Apprentice Program .... untuk buat assesment Linguistic/English Translation/Copywriting Evaluation. 


Instruction for Test
Memandangkan sekarang ain sibuk mengajar student pra-u tak lama lagi diorang nak exam dah, so email-email ni terabai gitu je lah, sampai lah hari ni, dalam petang pukul 5.30 macamtu kan, pegawai #highApprenticeProgram pun call suruh percepatkan penilaian test tu. Ain ingatkan boleh lah tangguh dalam seminggu  dua ke hehee.. so ain pun percepatkan tindakan buat assesment ni buat hari ini jugak. Level difficulty of the test tak sesusah IELTS exam, tapi kena prepare dari segi basic grammar, vocabulary, kepetahan dalam penterjemahan (faham ke? maksudnya..terjemah macam pro la kiranye). Ada soalan objektif, multiple question dan sebagainya. Tempoh test yang diberikan adalah selama 4 jam. Ain jawab test ni macam dah buat sebaik mungkin, tapi most of the question ain tembak je lah ikut level knowledge yang ain ade. huhu. Tapi , part yang paling ain suke part translation jeee...haha. 

Dari email yang ain dapat tu, dia ada sediakan instruction untuk menjawab. Silah follow instruction yang diberikan supaya tak mengalami sebarang masalah teknikal ketika menjawab online test ni. Walaupun dalam instruction ada mention pasal pakai pakaian yang sesuai during assesment test bagi tujuan pemantauan , tapi takde pun sebenarnya, dan encik pegawai tu pun dah confirm kan dengan ain yang dia dah off kan function video conferene untuk test ni. :) yeayy. 


So...sekarang ni tengah tunggu result la. :) Harap-harap okay la kan .. Baiklah setakat sampai disini perkongsian ain tentang eRezeki High Apprentice Programme ni. Kalau ada apa-apa lagi maklumat, jangan risau for sure ain akan share di blog. #Sharing is Good. #SharingMeansCare #SharingIsCaring.

Mukadimah Sebelum Test. Time ni berdebor. huhuu
#KATESETAKATSAMPAI DISINI
#TAPIDUKMEMBEBELLAGI #huhu 
#JustSomeThought la..hihi

Memandangkan program #erezeki ni masih baru, ain honestly looking forward terhadap kejayaan pelaksanaan program ni. Bagi ain, ianya adalah suatu pendekatan yang bijak dalam menangani masalah pengangguran. Banyak lepasan ijazah yang masih tidak mendapat kerja. Ketidakpadanan pekerjaan dengan bidang pendidikan yang dipilih. Jangan ditanya kenapa program macam ni baru buat sekarang. Haruslah bersyukur program-program seperti ini telah menjadi buah idea dan direalisasikan kepada semua. Ain bukannya tak ambil kisah pasal kepincangan korupsi yang melanda negara kita ni. Kisah je. Tapi jangan rasa terganggu disebabkan itu. Terus majukan diri supaya tidak jadi orang yang pincang. (Eh AIN apee yg ko merepek ni haaa.stop). 

Okay. Ain nak tido. Dah bajet da tadi nak membebel dalam blog sejam je. Ni dah drag 1 jam setengah. Ciss. Ok bye. Bye. Bye.Bye....