Top Social

Image Slider

Friday, 29 April 2016

Make Income with #eRezeki? #yucanduit

Assalamualaikum....Nak tau tak ada apa dengan #eRezeki ni..#yucanduit? apekahh...mula-mula dengar pasal erezeki ni rase tertanya-tanya la pulak sebab #AIN memang tengah nak cari rezeki ni. hehe. Lagi lah tertanya-tanya pasal #erezeki ni bila banyak dah iklan keluar kat TV dengan kat facebook. So, ain pun ape lagi..cari boypren Ain tu Mr.google taip...'erezeki'.. ghoopeenye ini haaa... memang tempat cari rezeki ye..haha

laman web eRezeki

MDEC (Malaysia Digital Economic)

Dah sah lagi sahih #eRezeki ni rupenye salah satu kempen digital oleh MDEC (Malaysian Digital Economic Corporation). Kempen digital yang lagi satu tu kempen #eUsahawan. Jadi boleh dikatakan trademark bagi kempen ni ialah #yucanduit . Mungkin you can do it untuk cari duit lah nii.. oooOOO ..camtu.

#YUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. sumber : #YUCANDUIT

Ain dapat tahu melalui inisiatif eRezeki ni terbuka kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah. Termasuklah pelajar yang nak cari duit lebih, suri rumah yang bekerja di rumah dan juga warga emas.

Okay, tanpa buang masa AIN pun daftar kat eRezeki ni..nak la cube. Mane tau dapat skill baru dan dapat tambah rezeki buat kerja di rumah saje^^.

Lepas dah daftar ..nanti sebelum eRezeki system tu nak bagi task yang berbayar...dia akan bagi task yang berbentuk 'training' dulu.. hmm yupp. So sekarang ni Ain dalam proses 'Task Training'...kena la berlatih dulu kan kan.

Task Training


rase macam taaaa... zabarrr nak dapat 'task berbayar' untuk jana pendapatan ni. hehhee :D  

Qualification Training


Bila dalam tiap-tiap satu task training yang diberikan dah lengkap dan kita dah hantar, nanti sistem akan bagi 'Qualification' dan score markah bagi latihan yang kita buat tu. Macamne? ok tak?? :D Kalau ok sangat jom la daftar :)


Moh lee bersama-sama ber 'eRezeki'..yang ade berniaga kecil-kecil tu pulak bole la daftar kat #eUsahawan :)

#eRezeki
#YUCANDUIT
#MDEC

Sunday, 24 April 2016

Life Struggle, How to cut the cost ??

Tak tahulah korang perasan ke tak soal harga barang sekarang ni macam mahal sangat je. Tak kiralah barang keperluan (beras, minyak, gula, garam etc barang nak masak) atau kehendak (beli jam baru-padahal jam lama elok lagikan? Heee) ada barang yang harga nya naik ada yang so-so je harganya. Harga barang-barang ni pun boleh berubah mengikut lokasi. Sekarang ni bila pergi pasar kompleks beli belah AEON ke, Jusco, Pasaraya Segi, Giant memang berbeza harga-harganya, walaupun ada yang sama tapi terdapat juga harga yang tak jauh beza dengan tempat lain.

Ain terasa sangat dengan semua kenaikan barang ni especially bila ain start duduk dengan family dari dua bulan lepas. So tanggungjawab beli barang-barang dapur ain pun terjebak sekali. Bila beli barang dapur dengan Mak. Boleh ain ckp mcm ni. ‘Mak! Barang yang tu mahal ! ambik yang ni, ambik yang ni murah sikit. Hahaha’ betul-betul macam org paranoid. Hehe. Yela sape la yang nak rugi kan2 :D. Selagi boleh.. dielakkan lah ye kawan-kawan. Tapi ada jugak sesetengah pengguna sebab dah biasa dengan jenama suatu barangan, walaupun harga barang tersebut naik, masih tetap membeli jenama barangan yang sama untuk menjaga kualiti. Macam mak Ain, sebab dia dah biasa beli Minyak Sayuran jenama Naturel, walaupun harga minyak tu naik. Mak Ain tak kisah pun sebab dah selesa dengan kualiti dan hasil masakan daripada jenama minyak sayuran Naturel.

Kalau difikirkan dari segi ekonomi makro, kenaikan harga barangan umum menyumbang kepada keadaan inflasi. INFLASI? Ape kebende inflasi tu AIN, JIRAN sebelah TAnye tuU..ok ain jawab kat bawah ni eh..

Definisi inflasi: “ adalah suatu keadaan ekonomi dimana berlaku kenaikan tingkat harga umum (daripada kebanyakan harga barang dan perkhidmatan) yang berterusan”. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang Cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Inflasi juga menunjukkan kepada penurunan kuasa beli (bile barang dah mahal, orang ramai akan fikir 2-3 kali berbaloi ke tidak beli barang mahal dengan jumlah kuantiti yang kurang dari biasa? Kalau tak berbaloi…kurang la kuasa beli pengguna).

#INFLASI diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengambil kira lebih kurang 430 item barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am.
(sumber:Wikipedia)

 #EH MACAM TENGAH MENGAJAR SUBJEK EKONOMI PLAK J haha.

Fullstop pasal inflasi tu. AIN Nak cerita macam mana nak berdikari dengan kenaikan harga barang ni semua dan berjimat. Berikut adalah antara perkara-perkara yang AIN sendiri perhatikan apa yang AIN buat untuk berjimat. Hehee. Walaupun mungkin ada yang akan rase (mustahil@leceh) tapi itulah realitinya:


Hasilkan sendiri barangan HOMEMADE untuk kegunaan Sendiri (Making things from the Scratch)
-          Bila pergi GIANT nak beli mayones pun mahal gila wehh.. paling-paling mayones botol kecik tu pun harga nak sampai Rm8 sebotol.  So, ape kata hasilkan sendiri korang punye mayones? Wow, lagipun resepi mayones semudah a.b.c (kuning telur, cuka, minyak sayuran, garam) dan yang paling penting bile hasilkan HOMEMADE sendiri lebih healthy. Resepi mayones boleh adjust ikut suka hati korang ada yang sesetengah siap bubuh parsley dengan rosemary lagi..untuk dapatkan aroma herba ‘Mayones Herba’.



-          Walaupun tak semua barang yang boleh kita buat HOMEMADE, atleast kita boleh kurangkan pembelian kan.. beberapa barang yang kita boleh buat sendiri tanpa keluarkan duit untuk beli di pasaraya macam Mayones, Cili blender sendiri, hasilkan Cili Sos sendiri, popcorn dan sebagainya.
-          Tapi, syarat berjimat dengan barang buatan Homemade ni ‘Kena Rajin’ & ‘Punyai Masa’ untuk buat J . Kalau tak rajin dan ade kekangan masa terpakse la beli nampaknya hohoho ^^

CARI MASA UNTUK ‘SURVEY’ HARGA BAGI MERANCANG PEMBELIAN

-          Masa yang sesuai untuk berjimat bila berbelanja semestinya waktu ‘SALE%’ kan J . Tapi selalu ke ‘SALE%’ ni ade? Tak jugak kan. Agak-agak bile belum ade SALE, seeloknya survey harga daripada kebanyakan pasaraya berdekatan Contohnya GIANT, SEGI. Tengok jugak apa jenis barang yang nak dibeli, kadang-kadang barang dapur macam rempah-rempah kari, garam gula etc lebih murah di pasaraya SEGI berbanding barang di GIANT. Tapi selalunya kalau beras pulak ditempat AIN lebih murah di pasaraya GIANT. 


Senaraikan LIST BARANG-BARANG YANG HENDAK DIBELI sebelum bershopping, Kemudian kategorikan mana satu barang KEPERLUAN, mana satu barang KEHENDAK.

-          Kategorikan barang keperluan & kehendak ni mungkin boleh membantu anda berjimat cermat dengan secara berkesan. Sekiranya anda betul-betul mampu membezakan barang keperluan dan kehendak. Kehendak & keperluan zaman sekarang ni pun dah berubah. Dulu kalau tak gune internet pun takde masalah, tapi sekarang internet tu dah jadi macam keperluan bagi memudahkan komunikasi abad zaman sekarang. Secara tak langsung penggunaan telefon android untuk penggunaan aplikasi whatsapp pun dah macam keperluan. Huhuu.. Semakin canggih dunia ni, semakin kompleks kita nak klasifikasikan barang keperluan dan kehendak dalam hidup. Sebab tu lah, zaman sekarang jgn terperanjat berbelanja tak sedar duit tetibe dah habis, and tetibe Short term Memory Loss asking yourself? “Where did my money goo??” ^^ haha Sambil garu kepala. Haihh.





*Okay sampai sini sahaja perkongsian AIN. Terima Kasih. Sedikit banyak Harap Membantu anda menghadapi hari dalam hidup anda. J J
Saturday, 23 April 2016

Easily Pay PTPTN using KWSP e-Withdrawal

Assalamualaikum semua,

Aduhaii lamanya tak update blog ni..sorry 🙏🏻  Terlalu banyak perkara yang berlaku lately ni.. life crisis, family, career and so on. So blog ni dah jadi last priority update. Hew.hew. Posting kali ni ain nak share tentang cara buat pengeluaran bagi PEMBAYARAN PTPTN. Tunggakan Bayaran PTPTN ain agak banyak jugak tertunggak sebelum ni, sebab habis belajar dulu tak tau pun berapa kena bayar bulan-bulan. Sebab tak tahu berapa jumlah kena bayar bulan2, ain bayar je la ikut suka hati .

Ain pasti ramai jugak yang face problem macam Ain ni. Kadang-kadang paling sikit masukkan RM50 secara online kadang-kadang RM100, paling tinggi yang pernah bayar RM200 sebulan. Kena ikut budget gaji jugak la mase tu. Tu pun tak konsisten. Tapi kalau tak konsisten bayar amaun jumlahnye..some info yang ain dengar problem CCRIS le pulekk..nak beli rumah ke kereta nanti problem. Hmm. Life crisis betul! Okay, itu lah salah satu sebab ain nak share tentang e-pengeluaran ni ! Andai kata ade sebarang tunggakan, nak setelkan tunggakan tu boleh la setel guna duit KWSP korang! Oh ya lupa nak bagi tahu, kalau nak menang hadiah kereta & wang sagu hati RM2000 jom sertai cabutan Tahunan & cabutan suku tahun Klik sini --> SSPN-i Plus Online 

Rase rugi sangat kalau tak SHARE cara buat pengeluaran nak BAYAR PTPTN dengan semua orang. SEBABNYAA?? Ya ALLAH senang SAJEE, dah latu MUDAH SANGAT2. Buat permohonan secara ONLINE je, tak sampai seminggu dah LULUS? Tak payah laa korang ngengade naik turun Ofis Kwsp. Ade cara mudah dan pantas nak selesaikan urusan prosedur pengeluaran KWSP ni. HAihh! :D Rase gumbira dan eksaited nak cerite ni! 

TApi, tapi, tapi 💡 ! Sebelum korang eksaited nak start buat pengeluaran utk bayar PTPTN tu…untuk membolehkan permohonan pengeluaran pembayaran PTPTN secara ONLINE berjalan dengan lancar.. Kena la buat akaun online KWSP dulu ya J . Semak dulu perkara dibawah ni.

ü  Pastikan anda ada akaun online KWSP (i-akaun KWSP AHLI). Kalau takde akaun online lagi, nak buat akaun online pun mudah juga. Cuma kena dapatkan no.rujukan di pejabat KWSP.
ü  Pastikan dalam KWSP tu ade duit, :D haha kalau takde duit , camne nak buat bayaran PTPTN tu kan. So semak penyata akaun KWSP anda!
ü  Semak dulu kelayakan pengeluaran yang anda nak buat. Macam gambar bawah ni.



Langkah-langkah membuat e-pengeluaran bagi bayaran PTPTN:

1. Login i-Akaun (MEMBER) LOGIN seperti biasa, masukkan usernama & password.

2. Lihat paparan menu, klik ‘Withdrawal’@’Pengeluaran’


 i-akaun kwsp


3. Klik pada ikon ‘New Application’. Bagi yang pernah membuat permohonan pengeluaran 

akan ada transaksi pengeluaran seperti dibawah. 

Klik gambar untuk besarkan imej 



4. Isi permohonan e-pengeluaran, pilih PENDIDIKAN, lengkapkan permohonan hingga langkah ke-5


Klik pada gambar utk besarkan imej :)


      Setelah permohonan diisi lengkap, dan telah di 'submit', permohonan akan diproses. Pada pengalaman saya, permohonan e-pengeluaran tak mengambil masa lama, malah tak sampai seminggu pun untuk permohonan e-pengeluaran lulus. Macam ain, baru-baru ni buat permohonan pada 19hb bulan ni,  permohonan lulus pada 20 hb dan tunggu utk diproses, lepastu pada 22 haribulan terus dapat mesej suruh datang ke pusat KWSP terdekat untuk pengesahan cap jari dan dokumen sokongan.




     Jgn lupe bawak salinan Dokumen sokongan tu fotokopi dengan yang original sekali tau. Nanti akan ade pegawai yang semak utk pengesahan :) . Kalau terlupe bawak original terpaksa ulang alik pulak. Dah lah satu keje kena patah balik. kos pergi balik tempat tu dah satu. Hew.hew. Buat kerja dua tiga kali la yg selalu Ain elakkan. Tapi kalau dah terkena nak wat camne kan. Anggap je la bakar kalori. Hohohoo ^^ . Bawah ni mesej-mesej makluman daripada permohonan kwsp. 

     Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Apa lagi perkara yang membahagiakan bila semuanya berjalan dengan lancar..Alhamdulillah :) Happy. Selepas siap sah kan cap jari dengan dokumen sokongan tu..pegawai kwsp tu kata ..pengeluaran bayaran tu akan diproses dalam masa 2 minggu. Siap sudah.. 😍 Ini lah antara kelebihan-kelebihan internet dalam perkara-perkara yang leceh. Bak kata orang zaman sekarang, 'Kini segalanya dihujung jari '. ^^peace.