Top Social

Image Slider

Saturday, 31 March 2018

Pregnancy Journey : Delivering My First Newborn [Adam Izhan]

[Pengalaman Bersalin Anak Pertama]

Pengalaman pertama bersalin :). Indahnya. Memang sakit bersalin tu. Tapi sekejap je rasa. Bagi aku payah ketika 9 bulan mengandung lagi berat dari melahirkan (10 jam dalam labour). Lain orang lain pengalaman ye.. kemudian kita lupa.. eh acaner eh sakit tu. hahaa. Sampai terfikir macam nak beranak lagi..Allah bagi lupa sakit bersalin bila dapat tengok si comel di sisi. Sesungguhnya..ini adalah moment indah yang tidak akan dapat lupakan seumur hidup. Baiklah, kita mulakan mukadimahnya ye. hahaa panjang sangat mukadimahnye. Kronologinya adalah seperti yang dibawah:
.
(02-04-2018)
Ketika ni aku dah 39 weeks pregnant. Memang dah nak dekat sangat. Tarikh due 11.02.2018. Tanda tu dah ada, turun tanda lendir coklat. Tapi macam tak puas hati, Aku and husband pun standby beg siap-siap in case. Aku bagi sentence serius dekat husband.

Me: "Sayang dah turun tanda dah ni (Muka serius dan tak puas hati). Tapi sikit je. Kite letak siap-siap beg dalam kereta taw". (Remind banyak kali) ;). Saje nak sakat dia.
Hubs: "Oh yeke? okay-okay-okay. Nak pi hospital bila ni? Kalau ada sakit apa-apa bagitau".
.
Aku tau my husband is nervous and kind of not sure nak buat ape. Tapi aku saje je suke sakat dia. Nak bagi dia panik hehee.  Everything depend pada baby nak keluar bile. For the next day, lendir coklat makin banyak dari semalam. So aku call my mom and mak ude, sebab nak tanya pendapat dah boleh serah diri pergi hospital ke? Dah ade tanda ni (Mak dan mak Ude dua-dua kerja hospital). My mom kerja dekat Hospital Tun Ampuan Rahimah Klang, mak ude pulak kerja dekat Hospital Sg. Buloh. Semestinya dua orang insan ini boleh advice aku buat keputusan. haha. My mom and mak ude advice, diorang cakap kebiasaannya kalau turun lendir coklat ni, doktor yang akan pecahkan ketuban, anak pertama bukaan serviks lambat (kebiasaan tak semestinya betul untuk semua orang. But in my case and experience 'betul'). So my mom and mak ude advice tunggu dulu.
.
Tapi aku macam dah tak boleh tungguuu T_T. Rasa nak beranak cepat sebab rasa x larat dah nak bawak pinggang ni. Rasa nak patah. Tidur tiap-tiap malam pun dah x selesa. T_T. Kalau boleh nak beranak cepat dan haritu jugak. Then oklah, aku tunggu sampai next checkup hari isnin. Masa ni aku dah stop buat senaman cepatkan bukaan bersalin, macam jalan itik, berus lantai bilik air. Sebab dah x larat, jalan pun menyenget.

www.mrsnurain.com
Gambar sebelum beranak. Berat 64kg.

.
(06-04-2018)
Pada hari checkup, turun lendir darah. Aku snap pic as for evident nak tunjuk kat doc. Husband hantar ke Hospital Manjung awal pagi sebelum pergi sekolah. Hubs tak dapat ikut sama sebab hari biasa (isnin) dan ade kelas mengajar awal pagi. Bila sampai dekat hospital awal pagi, aku pun jalanlah sampai Klinik O&G letak buku pink siap-siap. Masa ni dah pukul 8.00 pagi, nurse tu tanya,

Nurse: "Mommy dah makan?
   Me : "belum lagi nurse"
Nurse: "Okay takpe, doktor pun belum sampai. Mommy pergi makan dulu ye. Lambat lagi. Ada kantin kat hujung sana"
   Me : "Okay, thank you, nurse :):

Aku senyum sampai telinga dengan layanan nurse tu. Baik dan memahami yang masa tu sampai pagi-pagi dekat hospital dan teramatlah lapar. So aku pun pergi kantin Order teh tarik dengan 4 biji kuih-kuih. Lepas siap makan pergi balik klinik O&G.
.
Sampai je nombor giliran. Jumpa doktor dan tunjukkan pad ke doc. Bila doc tengok, doc suspek takut baby dah berak dalam perut. So, checkup untuk haritu macam dah x valid. ngeee. Terus gi jumpa doktor untuk tengok bukaan berapa cm. Bila check takde bukaan serviks lagi. Tapi dah ada contraction yang lemah, tak sakit pun, cuma rasa macam sengugut dan sakit belakang. Then aku mintak balik. haha. Sebab kecut perut pulak nak beranak tiba-tiba. Lagi satu tak sangka pulak haritu yang kena tidur hospital pastu husband takde kat sebelah T_T. Mengadee sangat.
.
Selepas check semua apa yang patut, doktor pun nasihatkan macam-macam, brief keadaan baby dalam perut so far baby okay. Tak berak pun lagi. Cumanya dia tak galakkan aku balik sebab contraction dah ade. So kena stay hospital .which is bila-bila je baby dah ready nak keluar tengok mommy daddy :D.
.
Masuk wad lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi. Boringnya duduk hospital. Rasa sayu sangat tengok mommies lain yang memboyot bawak perut. Tengah fikir, eh aku ni tak memboyot jugak ke hahha. Yelah bukan apa. Mommies tu semua, pengalaman bersalin lain-lain setiap orang. Ada yang dah duduk hospital berbulan-bulan sebab pregnant at risk, ada yang baby dalam perut perlukan jagaan rapi dari segi pemakanan. Duduk pulak hospital sorang-sorang, tengok member sebelah bertukar hari-hari. Mana tak sedih. Then,  aku rasa bersyukur sangat even dengan ada diebetik masa bersalin tapi masih terkawal. Tak dapat bayangkan kalau aku yang duduk berbulan-bulan lamanya di hospital. Allahu.. T_T.
.
Bila je waktu petang rasa contraction dah semakin kuat. Lafaz selawat dan zikir tak lepas dari mulut 'LailahaillaAntaSubhanakaInniKuntuMinazzolimin' dan dalam hati berdoa Ya Allah agar kau permudahkanlah urusan aku dalam kelahiran anakku yang pertama ni. Dalam hati dah rasa sebak. Sebab tak sempat nak mintak maaf dengan mak, mertua dan semua orang T_T. Sempat mintak maaf dengan suami je. Itupun sehari sebelum hari checkup dah minta maaf dulu. heehe. Momen yang sebak sangat tak tau nak citer macamana. Mintak maaf sambil nangis teresak-esak dekat husband because I could die during the delivery and anything can happen. Masa tu aku dah redha everything.. if everything happen to me. aku just nak buat yang terbaik lahirkan Adam dengan sebaik mungkin. Tak kisah kalau apa-apa jadi kat diri aku, aku just nak jadi sekuat yang mungkin masa deliver nanti. Aku yakin aku boleh lahirkan my first baby dengan selamat dan tak nak give up cepat.
.
Malam tu, sempat solat isyak dan bangun solat tahajud. Dengan masa tu yang tahap contraction agak menyengat. Aku tahan selagi boleh dengan berbekalkan apa yang ada dalam minda aku menjadikan aku positif menahan sakit contraction. Aku fikir ini je, mommies yang lain dah berbulan duduk hospital dengan kena cucuk hari-hari (which is I hate so much), setakat tahan contraction apa la sangat (because I hate stay in hospital, rasa sunyi, dan perasaan sedih datang kerap sangat, which is I dont like and drive me to a mental prob. haha)
.
Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Contraction masih boleh ku tahan. Tapi bila masuk je pukul 1-2 pagi tahap contraction dah naik skala sampai aku mengerang sakit tak ubah macam orang tak siuman. Mommy sebelah aku pujuk suruh pergi tengok cek bukaan serviks. Aku bukan tak nak cek bukaan. Tapi sebab takut hampa kalau bukaan tak bukak-bukak pastu kena seluk banyak kali T_T. Sakit tau seluk tu. huhuu. So aku pergilah panggil nurse nak cek bukaan. Sekali bukaan baru 1 cm 1/2. huhu. Hampa betul. Lambat lagilah nampaknya. Tapi contraction dah gila-gila sakit. Aku mengerang sakit sampai meleleh air mata tahan sakit dan menganggu orang sebelah. Masa ni dah pukul lima pagi, contraction berhenti sekejap dalam lima minit kemudian datang balik aku tahan sakit sampai 30 minit -40 minit. Aku tau time ni sebab masa ni, aku guna contraction tracker app.
.

2/4/2018
- Turun tanda lendir coklat.
6/4/2018
- Turun lendir darah. Checkup ada contration. Tapi tak sakit. Cuma senggugut sikit dan sakit belakang. Masuk wad pukul 11.30 pagi. Start contraction kuat sepanjang malam sampai pagi.
7/4/2017
- Pukul 9 pagi masuk labour room for pain management. Serviks baru buka 2 cm. Doc bagi sedut cecair gas, dan inject tahan sakit dipeha.


to be cont...ngantuk dah :)

Thanks for reading.

XoXo,
Mrs.Nurain