Top Social

Saturday, 31 March 2018

[My First Newborn Story: Adam Izhan]

[My First Newborn Story: Adam Izhan]

Pengalaman pertama bersalin :). Indahnya. Memang sakit bersalin tu. Tapi sekejap je rasa. Bagi aku payah ketika 9 bulan mengandung lagi berat dari melahirkan (10 jam dalam labour). Lain orang lain pengalaman.. kemudian kita lupa.. eh acaner eh sakit tu. hahaa. Sampai terfikir macam nak beranak lagi..Allah bagi lupa sakit bersalin bila dapat tengok si comel di sisi. Sesungguhnya..ini adalah moment indah yang tidak akan dapat lupakan seumur hidup. Baiklah, kita mulakan mukadimahnya ye. hahaa panjang sangat mukadimahnye. Kronologinya adalah seperti yang dibawah:
.
(02-04-2018)
Ketika ni aku dah 39 weeks pregnant. Memang dah nak dekat sangat. Tarikh due 11.02.2018. Tanda tu dah ada, turun tanda lendir coklat. Tapi macam tak puas hati, Aku and husband pun standby beg siap-siap in case. Aku bagi sentence serius dekat husband.

Me: "Sayang dah turun tanda dah ni (Muka serius dan tak puas hati). Tapi sikit je. Kite letak siap-siap beg dalam kereta taw". (Remind banyak kali) ;). Saje nak sakat dia.
Hubs: "Oh yeke? okay-okay-okay. Nak pi hospital bila ni? Kalau ada sakit apa-apa bagitau".
.
Aku tau my husband is nervous and kind of not sure nak buat ape. Tapi aku saje je suke sakat dia. Nak bagi dia panik hehee.  Everything depend pada baby nak keluar bile. For the next day, lendir coklat makin banyak dari semalam. So aku call my mom and mak ude, sebab nak tanya pendapat dah boleh serah diri pergi hospital ke? Dah ade tanda ni (Mak dan mak Ude dua-dua kerja hospital). My mom kerja dekat Hospital Tun Ampuan Rahimah Klang, mak ude pulak kerja dekat Hospital Sg. Buloh. Semestinya dua orang insan ini boleh advice aku buat keputusan. haha. My mom and mak ude advice, diorang cakap kebiasaannya kalau turun lendir coklat ni, doktor yang akan pecahkan ketuban, anak pertama bukaan serviks lambat (kebiasaan tak semestinya betul untuk semua orang. But in my case and experience 'betul'). So my mom and mak ude advice tunggu dulu.
.
Tapi aku macam dah tak boleh tungguuu T_T. Rasa nak beranak cepat sebab rasa x larat dah nak bawak pinggang ni. Rasa nak patah. Tidur tiap-tiap malam pun dah x selesa. T_T. Kalau boleh nak beranak cepat dan haritu jugak. Then oklah, aku tunggu sampai next checkup hari isnin. Masa ni aku dah stop buat senaman cepatkan bukaan bersalin, macam jalan itik, berus lantai bilik air. Sebab dah x larat, jalan pun menyenget.

www.mrsnurain.com
Gambar sebelum beranak. Berat 64kg.

.
(06-04-2018)
Pada hari checkup, turun lendir darah. Aku snap pic as for evident nak tunjuk kat doc. Husband hantar ke Hospital Manjung awal pagi sebelum pergi sekolah. Hubs tak dapat ikut sama sebab hari biasa (isnin) dan ade kelas mengajar awal pagi. Bila sampai dekat hospital awal pagi, aku pun jalanlah sampai Klinik O&G letak buku pink siap-siap. Masa ni dah pukul 8.00 pagi, nurse tu tanya,

Nurse: "Mommy dah makan?
   Me : "belum lagi nurse"
Nurse: "Okay takpe, doktor pun belum sampai. Mommy pergi makan dulu ye. Lambat lagi. Ada kantin kat hujung sana"
   Me : "Okay, thank you, nurse :):

Aku senyum sampai telinga dengan layanan nurse tu. Baik dan memahami yang masa tu sampai pagi-pagi dekat hospital dan teramatlah lapar.

So aku pun pergi kantin Order teh tarik dengan 4 biji kuih-kuih. Lepas siap makan pergi balik klinik O&G.


last meal sebelum berperang lahirkan AdamπŸ˜„
.
Sampai je nombor giliran. Jumpa doktor dan tunjukkan pad ke doc. Bila doc tengok, doc suspek takut baby dah berak dalam perut. So, checkup untuk haritu macam dah x valid. ngeee. Terus gi jumpa doktor untuk tengok bukaan berapa cm. Bila check takde bukaan serviks lagi. Tapi dah ada contraction yang lemah, tak sakit pun, cuma rasa macam sengugut dan sakit belakang. Then aku mintak balik. haha. Sebab kecut perut pulak nak beranak tiba-tiba. Lagi satu tak sangka pulak haritu yang kena tidur hospital pastu husband takde kat sebelah T_T. Mengadee sangat.
.
Selepas check semua apa yang patut, doktor pun nasihatkan macam-macam, brief keadaan baby dalam perut so far baby okay. Tak berak pun lagi. Cumanya dia tak galakkan aku balik sebab contraction dah ade. So kena stay hospital .which is bila-bila je baby dah ready nak keluar tengok mommy daddy :D.
.
Masuk wad lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi. Boringnya duduk hospital. Rasa sayu sangat tengok mommies lain yang memboyot bawak perut. Tengah fikir, eh aku ni tak memboyot jugak ke hahha. Yelah bukan apa. Mommies tu semua, pengalaman bersalin lain-lain setiap orang. Ada yang dah duduk hospital berbulan-bulan sebab pregnant at risk, ada yang baby dalam perut perlukan jagaan rapi dari segi pemakanan. Duduk pulak hospital sorang-sorang, tengok member sebelah bertukar hari-hari. Mana tak sedih. Then,  aku rasa bersyukur sangat even dengan ada diebetik masa bersalin tapi masih terkawal. Tak dapat bayangkan kalau aku yang duduk berbulan-bulan lamanya di hospital. Allahu.. T_T.
.
Bila je waktu petang rasa contraction dah semakin kuat. Lafaz selawat dan zikir tak lepas dari mulut 'LailahaillaAntaSubhanakaInniKuntuMinazzolimin' dan dalam hati berdoa Ya Allah agar kau permudahkanlah urusan aku dalam kelahiran anakku yang pertama ni. Dalam hati dah rasa sebak. Sebab tak sempat nak mintak maaf dengan mak, mertua dan semua orang T_T. Sempat mintak maaf dengan suami je. Itupun sehari sebelum hari checkup dah minta maaf dulu. heehe.
.
Momen yang sebak sangat tak tau nak citer macamana. Mintak maaf sambil nangis teresak-esak dekat husband because I could die during the delivery and anything can happen. Masa tu aku dah redha everything.. if everything happen to me. aku just nak buat yang terbaik lahirkan Adam dengan sebaik mungkin. Tak kisah kalau apa-apa jadi kat diri aku, aku just nak jadi sekuat yang mungkin masa deliver nanti. Aku yakin aku boleh lahirkan my first baby dengan selamat dan tak nak give up cepat.
.
Malam tu, sempat solat isyak dan bangun solat tahajud. Dengan masa tu yang tahap contraction agak menyengat. Aku tahan selagi boleh dengan berbekalkan apa yang ada dalam minda aku menjadikan aku positif menahan sakit contraction. Aku fikir ini je, mommies yang lain dah berbulan duduk hospital dengan kena cucuk hari-hari (which is I hate so much), setakat tahan contraction apa la sangat (because I hate stay in hospital, rasa sunyi, dan perasaan sedih datang kerap sangat, which is I dont like and drive me to a mental prob. haha)
.
-----------------------------------------Updated on 23/3/2019------------------------------------------------------

(7/2/2018)
Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Contraction masih boleh ku tahan. Tapi bila masuk je pukul 1-2 pagi tahap contraction dah naik skala sampai aku mengerang sakit tak ubah macam orang tak siuman. Mommy sebelah aku pujuk suruh pergi tengok cek bukaan serviks. Aku bukan tak nak cek bukaan. Tapi sebab takut hampa kalau bukaan tak bukak-bukak pastu kena seluk banyak kali T_T. Sakit tau seluk tu. huhuu.
.
So aku pergilah panggil nurse nak cek bukaan. Sekali bukaan baru 1 cm 1/2. huhu. Hampa betul. Lambat lagilah nampaknya. Tapi contraction dah gila-gila sakit. Aku mengerang sakit sampai meleleh air mata tahan sakit dan menganggu orang sebelah. Masa ni dah pukul lima pagi, contraction berhenti sekejap dalam lima minit kemudian datang balik aku tahan sakit sampai 30 minit -40 minit. Aku tau time ni sebab masa ni, aku guna app contraction tracker. Masa ni dah tak ingat berapa jam je dpt tidur sebab sakit sepanjang malam.
.


7/4/2017
- Contraction menyerang sampai pagi dan menganggu mommi-mommi yg lain😭. Doc n misi dah pesan awak jgn menjerit nanti awak nak push awak penat takde tenaga dah. Tapi aku bukan nak menjerit, aku mengerang kesakitan sebenarnye sebab tak tahan sakit contractionπŸ˜…. Well it is first experience though..πŸ˜„. Bila nurse Check bukaan baru 2cm 😭. Hmm long way to go.. 😭😭😭 nak jumpe my baby sepanjang malam mengerang sakit. After budi bicara doc n misi, they decide to put me on labour room atas reason I cannot handle the pain. Cerah mata aku happi 😍 bila dpt masuk labour room Hehee! Hati aku dah menjerit yeayyy! Walaupun sebenarnye lemah mengigil dgn contraction. Pukul 9 pagi masuk labour room for pain management.

.
Doc bagi sedut cecair gas dan inject tahan sakit dipeha, they said sedut gas boleh kurangkan sakit dan cepatkan bukaan, lepas 1 jam baru nak masuk 3cm , sekali sedut gas memang sakit menggigil dekat serviks tu..so mommi sedut sikit2 je  ..πŸ˜… tak sure nak gayakan macammane sedut gas tu badan pun dah menggigil dgn air mata meleleh tak larat dh nak mengerang sakit. Belum lagi nak pushh the baby . rasanya mommi salah teknik sedut gas tu.. maybe tu yg bukaan lambat..doc pun cakap aikk baru 3cm lambatnye.
.
Lepas 1 jam setengah bukaan dah masuk 4-5cm hati mommi ada bunga sikit sebab bukaan ada progress n doc akan masukkan ubat induce utk cepatkan bukaan, doc cakap ubat induce boleh masukkan bile bukaan Serviks dah masuk 4-5cm. Mase ni mommi happi sangat hahaa. risau jgk lama2 baby akan lemas dlm perut. Terus tanya midwife baby ok x dlm perut, baby awak ok sambil tengok monitor yg aku xfaham nak baca macamane. 
.
Then, tak lama lepas tu, bukaan dah 7-8cm, doc n nurse dah standby dekat sebelah aku, letak besi tapi katil untuk aku tahan lepastu nurse pesan dengar arahan betul-betul dan jangan angkat punggung masa push. 

Nurse: ada rasa sakit nak berak tak? 
Aku: ada rasa sakit tapi tak rasa macam nak berak ..just sakit kat pinggang tu 
Nurse: oh yeke, takpe bila rasa sakit tu datang awak push ye
Aku: betul ke dah boleh push ni?? Tanya aku confirmkan hahaa 
Nurse: ha boleh push, push serentak dgn sakit contraction tu

Aku pun teran dan push ..dan Cuba dgn gigih tak angkat punggung sampai besi pegangan yg kat tangan tu bengkokπŸ˜…. Bila doc cabut besi tu, aku halang tak bagi dia ambik besi tu hahaha, aku cakap doc kenapa cabut besi tu saya tak boleh push kalau takde besi tu, doc tu kata.. 

 boleh awak boleh push takde besi tu, jangan risau dengar je cakap saya

Aku pun redha terus push dalam cubaan yg ke-lima sambil tanya doc dah nampak baby ke belum? 

belum lagi, awak kena teran lama macam awak nak berak sambil curi nafas, okay cuba lagi ye, 

Aku pun push like yg macam doc advise, dan masih ada tenaga yg berbaki untuk aku push dgn sekuat hati, walaupun mental aku masa ni telling me yg aku tak larat. Kepala baby still x nampak lagi. Sekuat hati aku teran lama try curi nafas dan tak angkat punggung. Terus doc kata

Doc: Okay good! Good! Teran lagi, lagi lagi.. lagi okay dah nampak kepala.. 

And then masa tu mommi stop teran sbb nafas dah terlepas habis. Memang dah rasa kepala Adam kat situ.. Cuma aku kena kumpul tenaga sekuat hati lagi utk teran lama lagi

Doc: okay lagi sekali ya teran lama sikit lagi sikit je

Kali ni aku memang teran lama dengan meleleh air mata..dan mcm dh tak larat nak teran.. then 2 org midwife tolong tolak baby dari atas perut aku sebab aku tak larat dh nak pushh. But aku still push not giving up teran dan terus teran dgn bunyi makin lemah, then dgn bantuan midwife  tolak perut dr atas perut aku baby pun keluar.Alhamdulillah πŸ’•..diorang terus cakap baby boy..mommi tak dpt nak bukak mata dah.. Energy dah out habis.
.
Usai baby keluar, everything yg sakit hilang terus-menerus, sampai nurse jahit pun tak rasa apa. Nurse tanya awak rasa sakit tak? Aku jawab tak rasa apa. Aku pandang lampu labour room atas kepala sambil tersengih sebab macam mimpi je aku dah melahirkan anakπŸ˜„. Alhamdulillah subhanallah kalimat yg aku ucap. Sambil mata aku terpejam kelelahan sakit melahirkan aku ucap terima kasih kat semua yg bantu masa bersalin tu.. dekat doc, midwife, nurse.. meleleh air mata aku. Memang ramai doc datang tolong aku masa nak push bersalin. Yelahh menjerit dan mengerang paling kuatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.dah lah tak boleh tahan sakit contraction πŸ˜‚.
.
They all so good and courageous..doctornya muda2 pulak tu...diorang layan aku dgn baik masa dalam labour.. banyak kali aku ucap terima kasih, I am so lucky to have them for my first baby. 

Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki & amanah yg paling terindah ini ya Allah. 


mommi saksi daddi azankan Adam Izhan

Mommi saksi daddi azan kat telinga AdamπŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•. 


Thanks for reading.

XoXo,
Mrs.Nurain
Be First to Post Comment !
Post a Comment