Top Social

Friday, 13 July 2018

A Dying Blog

Selalu baca artikal atau blog orang lain guna pautan yang orang lain share di facebook, twitt. Lantas teringat yang aku sendiri ada blog. Blog yang hampir arwah. Hampir setahun aku tinggalkan sebab nak uruskan hal kahwin, freelance job trainer/translator, masa tu as trainer selalu kena travel sana sini. Orang panggil buat bengkel, kursus kena la pergi. dah namanya job. Pulun kehulu kehilir cari rezeki. Yelah dah nak kahwin masa tu kena la cari rezeki lebih. Kerja sebagai fulltime freelance translator, memang susah aku nak tinggal. Since inilah satu-satunya job yang aku cari makan. Nak bayar komitmen bulan-bulan and nak beli something yang reward diri aku atas usaha penat lelah cari duit. hee. Memandangkan kerja sebagai freelance translator ni agak lumayan (client pay in usd n Pound taw) jadi aku teruskanlah sampai la sekarang dah anak 1. Sayang nak lepas client yang bayar mahal-mahal ni.

Okay. Bila urusan hal kahwin dah selesai. Mula episod baru, masa pun berlalu dengan pantas. Lantas apabila menyedari diri ini pregnant. Tanggungjawab dan amanah semakin besar. Aku quite emotional, mula-mula awal kehamilan okay. Tapi dah lama-lama mulalah tak lalu itu, tak lalu ini, semuanya malas nak buat. Tak nak masuk dapur sebab tak suka bau kanji nasi dan bau minyak goreng-goreng. Hahh. Morning sickness masa pregnant walaupun tak nampak berat pada pandangan orang lain dan nampak remeh. Sebenarnya kau takkan tau apa yang orang tu rasa. Melainkan kau kena rasa sendiri macamana rasa mual-mual dan sensitif bau. Okay cerita ni pada awal kehamilan camtu, dalam 3-4 bulan. Masuk bulan ke-5-6, pening dengan bau-bauan still ada, tapi start muntah-muntah air. dan tak suka masuk bilik air. Sebab tak suka dengan bau bilik air. hahaaa. apooo la nasib. Ceritanya bila dah tak suka masuk bilik air. Mandi pun sekali sahaja sehari. T_T. Husband pun geleng kepala. Mohon memahami la situasi wanita pregnant okay! Just bear with it. Sampai lah dah selamat bersalin. Blog memang aku lupakan seketika dan fokus pada situasi aku yang kini seorang isteri, ibu dan juga bekerja dari rumah.

Bukannya aku tinggalkan terus blog ni. Cuma memang takda masa. Lagi satu nak coping hidup aku masa tu yang baru nak masuk pre-marriage, marriage, dan after marriage memerlukan otak aku ni digest betul-betul dan adapt situation dengan penuh hikmah. Eh bukan senang tau, orang perempuan nak biasakan diri nak jadi isteri, pastu biasakan diri tengah mengandung, pastu nak biasakan diri ada tanggungjawab anak pulak. Semuanya berlaku secara pantas. fuhh. Tau-tau dah anak 1. Wahh bangga kejap. Atleast kebanyakan perkara yang aku nak dan doa pada Allah, Allah dah makbulkan. Walaupun tak semua termakbul. Tapi syukur Alhamdulillah. Dalam tempoh setahun dengan blog yang hampir arwah ni, banyak benda dah berlaku. Banyak jugak perkara yang dah berlaku kat orang lain juga. Tau-tau member beranak lagi. hahaaa. keempat lagi tu. Kiranya sepanjang tempoh tu, banyak jugak lah aku miss update kawan-kawan lama.

So, kali ini. Hari ni, nak berazam akan selalu update entri blog aku. Banyak tajuk entri post yang aku tulis dalam draft, tak berupdate. Itu yang hari ni tajuk blog entri 'Blog Hampir Arwah' berjaya diselamatkan, hehee. Dan tulis Azam aku akan tulis dan update blog cantik-cantik sampai juling. Banyak entri post yang aku nak ceritakan dalam blog.eh. memang banyak. Takut tak terbuat je karang. Ok. Bai. Tunggu ya update next entri. :P

XoXo,
Mrs.Nurain
Be First to Post Comment !
Post a Comment