Top Social

Saturday, 14 July 2018

Iphone 6 unable to connect with Wifi? The Signal Way too Slow

Sudah dua tiga hari ni memang tension, sebab iphone tak dapat signal wifi. Ada pun, tenggelam timbul..tenggelam timbul satu bar je. Selalunya kalau signal internet tak dapat aku just restart phone, on pastu off balik. Dah ada balik signal wifi. Tapi kali ni, memang langsung tak boleh. Aku dah cuba restart router modem wifi rumah. Tapi still tak menjadi.

Beritahu husband pasal phone problem. Dia pun cuba restart and buat benda yang sama, punn tak boleh jugak. Wahh. Ni memang menguji iman bila wifi tak boleh connect! hahaa! Terpaksa pakai mobile data yang just signal E jek tu. Hmmmphhh.

Lalu aku pun gunakan skill menggoogle, kenapa Iphone 6 aku ni tak dapat wifi. Lama aku cari baca video youtube. Macam sama dah yang aku buat. Reset network setting pun dah keberapa kali. Last-last fikir nak bawak pergi kedai repair kat area Aeon Manjung. So, aku ajak la husband pergi kedai.

Staff yang buat repair IPhone yang kedai tu pun explain. Wifi jadi macam ni sebab aku tak update ios sebelum ni. Sebab Iphone terus update kepada ios yang paling latest. Dia bagi solution nak tak nak memang kena downgrade ios. Masalahnya kedai dia tak provide ios downgrade service, so aku kena pergi Apple centre dekat Ipoh. Huhuhuuu. Bila tah nak perginye. Haa. tu la dia. Kalau dah downgrade ios nanti, aku share result. Okie.

XoXo,
Mrs.Nurain
Be First to Post Comment !
Post a Comment