Top Social

Monday, 30 July 2018

Recipe: Easy and Delicious Malaysia Fried Rice!

Alamak! Hari ini rajin pulak nak kongsi resepi nasi goreng kampung mudah ala-ala makan dekat kedai. Resepi nasi goreng ni memang sedap, rugi sangat kalau tak dikongsikan untuk dicuba. Resepi nasi goreng ni, sebenarnya inspirasi dari resepi kak yatiekitchen yang ain tiruvasi teknik dan cara masakannya di instagram. Oleh kerana, ramai yang dah cuba dan komen sedap. So why not give a try! Hasilnya memang terbaikkk..okey silalah tengok bahan-bahan dan cara memasak dibawah..

Bahan-bahannya adalah:

@Nasi yang telah dimasak dan disejukkan
@Ikan Bilis yang digoreng garing
@Cili hidup warna merah 5 Batang (Cili Besar)
@Cili padi 3-4 batang (Kalau nak pedas, kalau nak lagi pedas tambahlah ikut suka)
@Belacan Sebesar Ibu Jari
@Telur 2 Biji
@Bawang merah sebiji yang kecil, kalau bawang merah besar potong separuh
@Bawang putih 5 biji kecil (perlu diingat, kalau nak lagi sedap, bawang putih kena lagi banyak dari bawang merah)
@Daun Sup sebatang - Dipotong halus
@Garam Secukup rasa
@Bawang Goreng Garing (Sebagai Hiasan)
@Daun Sup (Ditabur sebagai hiasan)

Cara-caranya begini ye:

1. Goreng ikan bilis garing, lepas goreng angkat. Toskan minyak. Masuk dalam lesung batu, tumbuk ala kadar. Jangan pulak sampai jadi serbuk. Nanti tak rasa pulak ikan bilisnya.

2. Kemudian, tumbuk bawang putih, merah, cili padi, cili hidup hingga lumat, sebati. If nak blender boleh sangat. Kalau nak potong kecik-kecik pun boleh jugak. Sebab ain nak cepat siap masak sebelum hubs balik kejar masa tak dan nak ambik blender or lesung batu. Ain potong kecik-kecik selaju mungkin, panaskan minyak then campak dalam kuali. Sonang!

3. Dah campak, kacau sampai garing, time ni masuk belacan, pecah-pecahkan belacan kacau dengan bawang-bawangan yang ditumis garing dengan cili sampai naik bau sampai ke hidung. Perghh memang menyengat bau satu rumah!

4. Kemudian, perlahankan api, jangan sampai hangus ye! Pecahkan dua biji telur masukkan dalam kuali, kuatkan sikit api kemudian kacau sampai telur tu masak dan pecah-pecah sebati dengan bawang-bawang garing itu. Okay time ni ain masukkan sikit sejemput daun sup supaya aroma daun sup tu naik bau.

5. Selepas itu, masukkan nasi putih. Gaulkan nasi sampai sebati dan garing. Masukkan selebihnya daun sup. Tinggalkan sikit untuk hiasan atas pinggan. Okay, dah siap pun Nasi goreng kampung ala-ala kedai makan. ;)

https://www.mrsnurain.com/2018/07/resepi-nasi-goreng-kampung-mudah-memang.html
Nasi Goreng Kampung Ala Masak Kedai - Selamat Mencuba!


XoXo,
Mrs.Nurain




Be First to Post Comment !
Post a Comment