Top Social

Monday, 6 August 2018

Lacto Food, for mommies

Selepas lahirkan Adam Izhan rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk jadi seorang ibu. Selepas dah jadi ibu, lalui fasa penyusuan bayi. Susu badan boleh berkurang kalau kita tak jaga pemakanan dan rutin harian. So, as first time mommy. Makanan lactogenik memang benda yang baru for me. Masa awal-awal dulu bf kan Adam perkataan lactogenic ni boleh kata perkataan yang asing bagi aku sampailah satu hari terbaca insta Dr. Harlina isteri Dr. Syeikh Muszaphar maklum dekat blog what kind of food yang boleh boost milk production. hehe. So, as for the time being topik ni memang menarik minat dan memang nak sangat banyakkan susu badan supaya melimpah ruah. Boleh baca info dan tips yang Dr.Harlina share Breastfeeding Tips.
.
Sekarang boleh nampakkan populariti melambak-lambak dalam pasaran milkbooster untuk tingkat breastmilk production. Jadi ramai pula yang berpusu-pusu jadi founder for milkbooster. The truth is tak semua milkbooster sesuai dengan mommies. Based on my experience survey milkbooster ada yang susu badan jadi banyak bila amalkan minum air rebusan halba. Ada pulak yang susu badan banyak lepas amalkan kurma atau minum susu kurma setiap hari. Ada orang yang makan sup lobak putih dan makan sayur sawi sampai breast bengkak dan susu badan bertambah banyak. Tapi ada juga yang orang dah cuba macam-macam tapi masih camtu je susu badannya. Masih cuba dan terus mencuba disamping bereksperimen with kind of food yang boleh boost breastmilk. Kesan pada setiap orang berbeza-beza. I don't argue that because it happen to me and maybe you too :).
.
Tapi mommies need to know this, makanlah apa-apa pun jenis milkbooster, if tiada rangsangan dari baby as your ultimate breastpum, susu badan memang takkan banyak. Mommies kena faham konsep Demand and supply baby. Lagi banyak demand dari baby lagi banyak susu yang boleh kita supply to baby.
.
As for my mom, lacto food yang dia advice and suggest ialah kena makan sayur-sayur hijau macam sawi, atau sayur lobak putih. Masa tempoh dalam pantang tiap-tiap hari makan sup sawi dan sup lobak putih susu badan memang banyak. Tapi lepas habis je pantang, lagi-lagi masa time raya dah start busy dengan work, apatah lagi kurang minum air, susu badan memang drop! Makan sup sawi dan lobak pun tak jalan. So I try counter back mimum air almos 3-4 liter sehari. Other than that hari-hari I makan oat, kurma, kismis dan chia seed. Alhamdulillah it works for me :)
.
Actually, ada banyak jenis lacto food kat dunia ni yang menggalakkan penghasilan susu. Macam kat US, basic lacto food diorang adalah oat. Jadi dari oat mereka buat lacto food macam biskut oat supaya sedap dimakan. Macam orang dulu-dulu mak-mak kita takde pun suruh makan oat mesti suruh makan sayur ataupun minum air rebusan-rebusan herba. Selain dari makan sayuran hijau, cubalah makan oat, barli atau makanan yang berasaskan bijirin sebab mengandungi estrogen tumbuhan yang boleh meningkatkan rangsangan kepada kelenjar susu dan boost susu badan kita.
.
Kandungan beta-glucan yang ada dalam bijirin oat ni pulak boleh meningkatkan kadar prolaktin susu dalam aliran darah. Walaupun ada banyak jenis lacto food tapi I nak highlightkan yang empat bawah ni je which is lacto food yang paling common:




1. Halba (fenugreek), dinegara kita memang common halba ni. Ambil satu sudu kecil halba, masukkan dalam air. Rebus sehingga mendidih kemudian minum suam-suam. Biasanya I tambah sikit kismis supaya boleh telah. haha. Tapi ikut la, ada yang letak madu. Boleh je.

2. Oat dan bijirin (Oat, barli, gandum) paling common di US. Oat dan bijirin memang makanan bagus untuk diet yang sihat dan sangat disyorkan sebagai diet harian. Kebanyakan orang mengamalkan oat sebab kandungan beta-glucan yang boleh mengurangkan kolestrol dan juga meningkatkan milk production. Masa bulan puasa tiap-tiap hari sahur makan overnight oat. Yang tak sangka sangat hari-hari pulak tu.

3. Sayuran Hijau (Dark Leafy green). Sayuran hijau seperti bayam, kailan, brokoli, sawi secara tradisinya mempunyai nutrien yang boleh menyokong penghasilan susu badan disamping menambahkan tenaga dan meningkatkan sistem imun badan kita. Kalau dekat rumah I jarang nak buat sup sayur ni sebab dah makan oat pagi-pagi. Paling suke letak sayur dalam nasi goreng atau Tumis dengan sos tiram. Lagi sedap.

4. Moringa Tea. Kalau U baca dalam breastfeeding tips by Dr. Harlina, teh moringa ni mempunyai laktogenik efek yang meningkatkan kadar prolaktin seawal 48 jam selepas pengambilan. So far I tak cuba lagi Moringa Tea tapi baca-baca tentang kebaikan teh ni memang bagus sebab jatuh dalam kategori superfood. Apa itu Superfood? Ha google dulu. Esok lusa I buat entri tentang Moringa Tea okey.

Thanks for reading.

XoXo,
Mrs.Nurain


Be First to Post Comment !
Post a Comment