Top Social

Sunday, 5 August 2018

Recipe: Easy Maggi Fried Viral Only 3 Ingredients by Adamdidam (IG)

Hari-hari kalau ikutkan memang nak masak yang sedap-sedap je macam ayam black pepper, ayam masak lemak cili api, daging masak kurma and so on. Tapi kadang-kadang tekak ni teringin nak masak yang sesuatu yang sempoi dan mudah.
.
Contohnya Meggi Goreng.
.
Jumpa satu instagram seorang chef nama Adamdidam, nampak video masakan dia. Cara dia masak meggi goreng ni memang sempoi! Cuma guna beberapa bahan yang sedia dirumah dan tak complicated. Resepi dia memang dah viral kat ig sampai I pun terikut-ikut. hehee. Jom tengok bahan-bahannya mesti korang pun nak ikut masak sekali.


www.mrsnurain.com
Maggi Goreng Viral Insta


Bahan-bahan:

@Maggi curry 2 bungkus direbus
@Cili api 3-4 batang dipotong
@perencah maggi
@Bawang putih 3-4 biji (potong atau ditumbuk pun boleh)
@Telur 2 biji
@Limau 2 biji (Kite guna Cuka Epal, limau habis T_T)
@Bawang goreng/daun Sup for hiasan. :)


Cara-caranya:

1. Rebus maggi curry (2 bungkus). Angkat dan tos. Letak tepi.

2. Panaskan minyak. Minyak dalam 2-3 sudu. Tumis sampai garing

3. Masukkan telur goreng dua biji. Tunggu masak sedikit dan kecilkan api.

4. Taburkan perencah maggi atas telur. Kemudian pecah-pecahkan telur hingga nampak hancur dan garing. Masukkan cili api dan gaul.

5. Masukkan maggi yang dah ditos airnya. Kemudian gaul dan goreng. Kacau sebati. Siap sudah! Selamat mencuba!

XoXo,
Mrs.Nurain

Be First to Post Comment !
Post a Comment